Pelakon popular tanah air , Zul Ariffin baru – baru ini berkongsi bahawa dirinya bakal berhijrah dan menetap di Mekah pada JAnuari tahun depan.
Dia yang menyatakan hasratnya itu setelah lama mempunyai impian besar untuk memulakan perniagaan di negara tersebut sejak dahulu lagi dan bakal terlaksa tahun depan.
Namun dia mengakui akan tetap berulang alik ke Malaysia jika terdapat komitmen yang bersangkutan dengan keluarga dan kariernya sebagai pelakon.
Zul masih lagi meneruskan kariernya sebagai pelakon walaupun sudah berhijrah dan tidak akan berhenti berlakon kerana ianya minat terbesar dalam hidupnya.
Malah terdapat banyak kerja dan perancangan yang sudah dibuat oleh pihak pengurusannya bagi aktiviti pada tahun depan dan seterusnya.
Zul yang kini dalam proses untuk menguruskan perpindahan tersebut merasa teruja dan tidak sabar untuk memulakan perniagaan tersebut dengan berharap ianya berjalan dengan lancar.
Menetap Di Mekah
“Saya memang akan menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia untuk berlakon juga.”
“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya termakbul. Perniagaan yang memang bertapak di Mekah itu memerlukan saya untuk tinggal di sana,” katanya.
“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Lagipun sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan di sini”
Dia juga menyatakan bahawa industrti seni semakin rancak dalam pembikinan drama dan filem jadi dia akan mengambil peluang yang ada untuk terus berkarya demi kerjayanya itu.
BACA INI : Nasha Aziz Bakal Akhiri Zaman Bujang
“Kalau kita tengok, sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Filem pun dah makin banyak ditayangkan di pawagam. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni,” katanya.
Sebelum ini , Zul Ariffin pernah menyatakan bahawa dirinya bakal berhenti untuk mengambil tawaran untuk berlakon drama dan hanya akan menerima tawaran untuk lakonan dalam filem kerana ingin memberikan fokus kepada kerjayanya serta memberikan yang terbaik apabila mempersembahnkan karyanya kepada penonton.