Zul Aiffin Dan Ruhainies Dah Kawen?


Baru-baru ini, tular video di tiktok yang  memaparkan aksi mesra pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan pelakon Ruhainies sehingga ada yang mengatakan mereka seperti pasangan suami isteri. Video berkenaan tular apabila mereka dilihat berpegangan tangan dan terlihat Zul memegang muka pelakon, Ruhainies.

Sumber video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok  yang memaparkan kedua-dua pelakon itu dilihat mesra ketika menghadiri sebuah majlis.

 

 

Video itu telah menjadi bualan hangat apabila tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi para netizen dan peminat antara kedua pelakon tersebut malah ada yang mengatakan bahawa Zul sengaja mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia pernah berjanji tidak akan bersentuhan dengan wanita semasa mengikuti pengajian bersama Ustaz Ebit LEw

Zul yang pernah berkongsi bahawa dirinya sedang mendalami agama dan juga mencuba untuk merubah kehidupan ke jalan yang lebih baik dan diredhai kerana terlalu lalai dengan dunia hiburan sehingga membuatnya terlalu selesa tanpa mengetahui batas pergaulan .

Pernah mengakui bahawa babak bersentuhan dengan wanita tidak memberi apa-apa kesan kepadanya kerana hanya mengikut skrip yang diberikan dan hanya bekerja secara professional dalam membawakan watak agar drama atau filem lebih bagus.

 

 

 

Zul yang sering mengikuti program bersama pendakwah terkenal Ebit Lew malah pernah mengakui hatinya merasa tenang apabila mendalami agama dan akan mempraktikkan dalam kehidupan seharian malah tidak ingin mengambil watak yang melibatkan dia besentuahan bersama perempuan.

Tiada penjelasan daripada Zul tentang kejadian itu namun mendapat reaksi daripada Ruhainies yang menjelaskan bahawa hubungannya dengan  Zul adalah sekadar kawan karib sahaja dan tiada hubungan istemewa di antara mereka.


Mengakui bahawa hubungan mereka sangat rapat dan tidak menafikan tentang video itu malah memberitahu bahawa video itu dirakamkan semasa mereka sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawatnya di set penggambaran dua hari lalu.

Juga memberitahu bahawa kedua-dua video tersebut dirakam oleh pembantu peribadinya sendiri sebelum dimuat naik dalam TikTok.

Ruhainies mengganngap bahawa orang luar yang tidak mengenali mereka tidak tahu tentang hubungan rapat mereka dan mungkin kurang senang melihat kemesraan mereka itu dan mula memberi komen dan bercakap tentang hubungan mereka tetapi mereka hanya sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu .

Mereka hanya pasangan serasai yang sering digandingkan dalam drama dan tidak mempunyai hubungan istimewa .

Disclaimers – Semua artikel admin kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Zul Aiffin Dan Ruhainies Dah Kawen?” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia