Zara Zya yang pernah dikecewakan dengan cinta yang tidak kesampaian apabila tidak jadi meneruskan perkahwinan yang sudah dirancang dan pernah menjadi viral suatu ketika dahulu.
Zara yang sudah lama berdiam diri tanpa berkongsi tentang hal peribadinya , kini dikhabarkan sudah bersedia untuk berumahtangga dengan jejaka pilihannya.
Usia yang kini sudah mencapai 37 tahun membutakan dirinya tidak terlepas daripada persoalan tentang jodoh dan sering dipadankan dengan lelaki lain dalam industri.
Zara mengakui sudah biasa dengan perkara tersebut dan tidak mengambil hati malah sudah bersedia untuk memberitahu kepada umum tentang calon suaminya.
Dia menjelaskan , dirinya bakal membuat pengumuman apabila sudah sampai waktunya dan keadaan yang sesuai untuk berkongsi saat bahagia dengan peminatnya yang tersayang.
Zara tidak mahu perkara yang pernah menimpanya sebelum ini terjadi lagi dan akan berkongsi apabila perkara itu sudah hampir terjadi dan mahukan doa daripada orang ramai agar jodohnya diberkati.
“Tunggu, sabar. Saya nak simpan dulu. Bila sudah tepat pada waktunya, keluar.”
“Tak naklah macam sebelum ini. Orang keluarkan gosip, sampai sekarang orang berteka-teki dan mendoakan saya.”
“Alhamdullilah, orang mendoakan yang terbaik dan sentiasa menanti siapakah gerangannya. Jadi, biar orang tertunggu dulu, sampai masa saya terus umum,” katanya.
Berkongsi tentang bakal suaminya itu , Zara tidak menafikan atau mengiyakan tentang statusnya samaada lelaki tersebut daripada kalangan artis atau tidak.
Malah mengakui lelaki tersebut bukanlah selebriti yang pernah digosipkan dengannya dan tidak akan mendedahkan status individu tersebut sehingga tiba masanya.
“Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak!” katanya.
Semoga Zara Zya bertemu dengan pasangan yang mampu memberikan kebahagian buatnya.
Related Posts
- Perkara ini saya lakukan kerana saya seorang Muslim, suami dan sudah mempunyai anak – Alif Satar
- Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali Buat Rawatan IVF
- Cantik Senyuman. Penyanyi AyieFloor Dedah Nama Anak Perempuan, Kongsi Cerita Lihat Isteri Bersalin
- Suami Puteri Aisyah Terkejut Terima Banyak ‘Friend Request’
- Man Kidal Sakit Belakang Akibat Cyst