Home » Gosip Artis Malaysia » Zamani Bakal Beraksi Kembali Setelah Pulih.

Zamani Bakal Beraksi Kembali Setelah Pulih.

Zamani Slam yang telah menjalani rawatan selepas konsert gegar vaganza 2 tahun lepas kini sedang pulih dan sudah bersedia untuk menjayakan konsert berskala besar pada bulan Febuari tahun depan.

Pada Konsert Gegar Vaganza yang disertainya pernah menjadi liputan malah viral di media sosial apabila Zamani tidak mampu menyanyi dan hanya berdiri menangis kerana menahan kesakitan.

Kejadian itu memberi kesan kepada peminat dan penonton padaketika itu ikut menyanyikan lagu yang dibawakan Zamani pada konsert minggu tersebut malah Zamani diberi tempoh untuk berehat namun dia tetap berjaya ke final.

Penyanyi bersuara lunak ini juga berasa teruja untuk menemui peminat setelah lama menyepi akibat mempunyai masalah kesihatan yang mana dia menghidap penyakit skoliosis yang membuatkan tulang belakangnya melengkung sejak 2019.

Kumpulan Slam bakal mengadakan konsert istimewa di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari tahun depan.

Gambar Zaman Muda Kumpulan Slam

 

Vokalis dari kumpuan Salam itu memberitahu bahawa masalah yang dihadapinya semakin pulih hasil daripada rawatan yang dilakukan selama ini.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dia juga mengakui bahawa penyakit itu mengganggu kemampuan vokal miliknya kerana keadaan tulang belakang itu yang telah menghimpit sebahagian sarafnya.

Dia yang teruja dan juga rasa bersyukur kerana hasil daripada rawatan berterusannya itu termasuklah dengan menggunakan katil Ceragem, kesihatannya semakin baik dan semakin pulih.

Mereka juga sudah boleh berlatih bersama-sama sehingga hari konsert dan berharap agar segalanya berjalan dengan lancar sehingga konsert diadakan pada tahun depan.

Dia yang begitu yakin untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan juga merasa bersalah kerana telah menangguh konsert yang sepatutnya diadakan pada Januari lalu kerana mengalami masalah kesihatan.

Untuk harga tiket bagi Konsert Slam Mentari Muncul Lagi bermula serendah RM130 hingga RM700 dan tempahan tiket boleh dilakukan menerusi www.myticket.asia.

Meskipun sebelum ini keadaan kesihatannya kurang baik, Zamani atau nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, berkata itu bukan penghalang untuk dia memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.

Mengaku ada merasa gementar kerana telah 2 tahun tidak beraksi dan akhirnya kembali dengan konsert besar- besaran , Zamani juga merasa tertekan tetapi dalam masa yang sama dia sangat gembira kerana ingin menemui dan mengubat hati para peminat yang sentiasa menyokong kariernya.

 

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas sekadar tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Zamani Bakal Beraksi Kembali Setelah Pulih.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!