Home » Gosip Artis Malaysia » Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita Semasa Berlakon Kerana Hormati Hak Isteri.

Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita Semasa Berlakon Kerana Hormati Hak Isteri.

Semenjak dari Pkp ,ramai artis yang mula berhijrah kepada kebaikkan , tidak kurang juga kepada Yusuf Bahrin yang juga suami kepada Zizi Kirana .

Yusuf yang mula aktif kembali dalam industri seni tanah air apabila SOP sudah dilonggarkan malah sering live di Ig miliknya bersama isteri tercinta.

Seperti yang semua sedia maklum , Zizi juga baru berhijrah sebelum bernikah dengan Yusuf dan sering berkongsi rasa bahagia kerana mula mendalami agama malah sering menghantar posting mengaji dan bersikir di laman sosialnya.

Dalam perkongsian terbarunya, Yusuf ada meluangkan masa di hujung minggu dengan mengikuti kuliah Dhuha di Putrajaya pada sabtu lalu yang dihadiri oleh penceramah terkenal iaitu ustaz Wadi Annuar. Dia yang merasa terharu dan gembira ada berkongsi gambar dengan Ustaz tersebut di laman sosialnya.

 

Katanya yang pertama kali menyertai kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Putrajaya , dia senang ditemukan dengan insan hebat dan mendapat sedikit sebanyak ilmu akhirat dalam kuliah tersebut.

Dia yang selalu tidak berkesempatan untuk hadir kuliah menjelaskan dia telah sedar bahawa dalam kehidupan ini sebenarnya mengingatkan mati dan akhirat yang kekal itu perlu. Katanya yang sebelum ini terlalu leka dengan dunia sehingga melupakan akhirat sedangkan manusia perlukan bekalan dan persediaan untuk ke alam barzakh.

Yusuf yang sekarang sudah bergelar suami mengakui peranan seorang pemimpin adalah satu cabaran dalam rumah tangga tetapi akan mencuba untuk memperbaiki diri serta membimbing isterinya, Zizi Kirana ke jalan Allah dan dirahmati kerani suami itu adalah cerminan isteri.

Dalam kenyataan Yusuf juga , dia akan mencuba untuk membataskan diri dalam pergaulan serta mengelak daripada bersentuhan dengan pelakon wanita dan akan meneliti skrip supaya tidak terjebak dengan adegan bersentuhan dengan perempuan kecuali dialog.

Dia yang bertegas kerana sangat menghormati isterinya dan masih menyayangi kariernya sebagai pelakon. Lagi pula banyak scene yang bole dipertontonkan tanpa perlu bersentuhan . Semoga suami isteri ini istiqomah dalam menuju kejalan yang diredhai.

Disclaimers – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita Semasa Berlakon Kerana Hormati Hak Isteri.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes