Home » Gosip Artis Malaysia » Yusry Abdul Halim Pernah Digugurkan Sebagai Pengarah Gara-Gara Pelakon.

Yusry Abdul Halim Pernah Digugurkan Sebagai Pengarah Gara-Gara Pelakon.

Datuk Yusry Abdul Halim yang cukup terkenal kerana krediabilitinya dalam pelbagai bidang seperti nyanyian , lakonan dan kuha sebagai pengarah dalam beberapa buah filem yang pernah menjadi box office seperi Cicak-Man lakonannya bersama Saiful Apek.

Dalam satu posting twitter miliknya baru-baru ini ada menanyakan tentang syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak syarikat penyiaran untuk setiap pelakon yang akan membintangi sesebuah drama televisyen.

Tulis Yusry lagi , dia tidak pasti sama ada pihak stesen tv lebih memintingkan populariti di media sosial semata-mata berbanding bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon itu.

Melalui pengalaman yang pernah dihadapinya pada tahun lepas, dia pernah mempersoalkan kredibiliti seorang pelakon gara-gara gagal membawakan watak yang diberikan dengan baik meskipun telah diberikan waktu untuk membuat persediaan.

Dia juga meminta untuk menukarkan pelakon utama kerana tidak mampu membawakan watak tersebut namun permintaanya tidak diendahkan oleh pihak stesen tv malah peranannya sebagai pengarah telah digugurkan oleh stesen tv tersebut.

Pihak penyiaran tetap mahukan pelakon tersebut mungkin kerana pelakon tersebut mempunya ramai pengikut di Ig miliknya walaupun tidak mencapai kredibiliti dari pengarah. Sepertinya bakat dan juga keusngguhan pelakon tidak penting asalak ada berjuta pengikut di Ig.

Seperti yang sedang hangat di media sosial banyak artis lama dan berpengalaman ada menyuarakan tentang sukar untuk masuk dalam sesuatu drama kerana kekurangan pengikut di Instagram.

Malah pengarah juga geleng kepala apabila tidak berpeluang memilih pelakon berpengalaman dan hebat akinat daripada syarat tersebut,.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dalam pada itu , industri drama tv tempatan sememangnya mengejar populari berbanding dengan bakat , yang mana situasi adalah angkara penyiar itu sendiri.

Penyiar yang akan memilih pelakon semasa pemilihan pelakon dan semestinya memenuhi syarat – syarat yang dtetapkan walaupun pelakon baru atau pun tidak berpengalaman kerana yang penting adalah bilangan jumpah pengikut di Instagram.

Terdapat banyak komen dari netizen yang turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat diubah pada masa akan datang supaya industri seni tanah air rancak seperti dahulu kerana kehadiran pelakon yang bekaliber dan juga hebat.

Ada satu komen yang mempersoalkan apabila Yusry ditukar. Seolah- olah kredibiliti tiada makna bagi mereka. “Jumlah follower mengalahkan bakat seni ke skrg ni?”
“Lepasni bawak masuk digital je takpayah tv2 ni,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Yusry yang baru sahaja menerima ddarjat kebesaran yang membawa gelaran Datuk yang mana pingat tersebut dikurniakan oleh Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis yang berlangsung pada Hari Wilayah 1 Februari lalu, dan tidak ketinggalan juga yang mendapat anugerah pingat kebesaran seperti, Datuk Nora Ariffin serta Datuk Habsah Hassan.

Pada Majlis tersebut , Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan tersebut adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya di Malaysia.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Yusry Abdul Halim Pernah Digugurkan Sebagai Pengarah Gara-Gara Pelakon.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!