YP MAIDAM Tawar Bantuan Tambang Penerbangan Pulang Ke Tanah Air


Kini, Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan bantuan tambang penerbangan pelajar IPT.

Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.


Baca juga:

Permohonan Dibuka:

Pemohon mestilah membuat permohonan 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:


  1. Pemohon mestilah rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Pemohon mestilah beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Tahap pengajian yang akan dipertimbangkan hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  4. Bagi pelajar luar negara, mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran tajaan mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
  5. Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak serta tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.
  6. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekuranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  7. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  8. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  9. Permohonan tidak layak dipertimbangkan sekirnaya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhnya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  10. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengahian dalam dan luar negara.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari portal Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Langkah 2: Klik daftar.


Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon:


  1. 1 Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).
  2. 1 Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan pengajian sepanjang tempoh pengajian.
  3. 1 Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  4. 1 Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
  5. 1 Salinan asal tiket kapal terbang.
  6. 1 Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut. (Hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM).
  7. 1 Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).
  8. 1 Slip permohonan.

Nota: Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Pendidikan MAIDAM atau hubungi di talian 09-6223500 / 096225600.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3