YES Prihatin: Cara Tebus Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk B40

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 bagi 8.4 Juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Bantuan ini bagi perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih untuk anda. Penerima BPR boleh membuat pendaftaran untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini kepada golongan b40 yang layak.

YES bekerjasama dengan pihak Shopee di dalam program Jaringan Prihatin menawarkan anda telefon pintar dan data percuma kepada golongan kumpulan B40. Ada lagi, penerima pula akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang payaran.

YES Prihatin: Cara Tebus Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk B40 1

Ikuti perkongsian dari Portal Malaysia seperti di bawah untuk maklumat lanjut penebusan telefon pintar dan data percuma dan data percuma YES.

Baca Juga : Bantuan RM1000 Kepada Golongan Belia Yang berumur 18-30 Tahun

SEMAKAN YES PRIHATIN


YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak sahaja:

Belajar Dari Rumah Keluarga

  • Telefon pintar percuma
  • Data 30GB Percuma setiap bulan
  • Baucar RM50 dari Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh Sah hanya 12 Bulan

Belajar Dari Rumah Individu

  • Telefon pintar percuma bagi sati individu
  • Data 15GB Percuma setiap bulan
  • Baucar RM50 dari Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh Sah hanya 12 Bulan

SYARAT KELAYAKAN


Promosi ini adalah hanya bagi rakyat:

  • Golongan kumpulan B40
  • Isi rumah anda harus berpendapatan di bawah RM4,850

Pihak YES pula akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda diterima oleh pihak YES. Hal ini kerana mereka akan pastikan yang mendapat ini adalah mereka dari golongan B40.

Baca Juga : BKC Bantuan Khas Covid19

CARA DAFTAR YES PRIHATIN


Sekiranya anda terdiri dari golongan kumpulan B40, anda boleh buat tuntutan dengan langkah mudah berikut:

1. Boleh pergi pada laman ini: https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin

2. Klik pada “TUNTUT SEKARANG”

3. Sila isikan butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda.

4. Selepas itu, tunggu status permohonan anda. Jika anda berjaya, anda akan menerima satu fon pintar dan data percuma dari pihak YES

*Kalau tuntut Yes Prihatin ni guna app shopee korang akan dapat free Baucar Shopee RM50. Banyak tu.

Semoga berjaya dalam permohonan anda untuk YES Prihatin Smartphone b40 ini. Sila kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan dan saudara-mara anda yang masih belum memohon bantuan kerajaan ini. Terima kasih.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3