Yayasan RISDA Tawar Skim Bantuan Pendidikan Dan Kesihatan


Berita baik untuk ahli komuniti RISDA, Yayasan RISDA telah menawarkan Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022 merangkumi aspependidikan dan kesihatan membuka permohonan bagi yang merangkumi manfaat pendidikan dan kesihatan kepada semua ahli komuniti RISDA.

Tujuan utama yayasan ini ditubuhkan adalah untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan aspek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selain mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan Pekebun Kecil, warga RISDA, warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan pesara-pesara RISDA.

Oleh itu, ahli komuniti RISDA yang berminat untuk memohon skim bantuan ini boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Baca juga:

Kreteria Skim Bantuan:

Berikut merupakan skim bantuan Yayasan RISDA:

1) Pendidikan:

  • RM500 (one-off) : Skim Insentif Pelajar berjumlah RM500 dan dibayar secara one-off.
  • RM6,800 sehingga RM13,800 : Biasiswa Pelajar / tahun mengikut jenis kursus.
  • Laptop : Bantuan Laptop Pelajar.
  • RM15 Sehari/RM450 sebulan : Bantuan Sara Hidup Pelajar.
  • RM2,000 (one-off) : Anugerah Yayasan RISDA.
  • RM500 sehingga RM750 (one-off) : Insentif Pendidikan Staf.

2) Kesihatan:

  • RM1,000 (one-off) : Skim Bantuan Pesakit Kronik.

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon bantuan ini:

  1. Pemohon mestilah anak-anak komuniti RISDA.
  2. Pendapatan isi rumah pemohon tidak melebihi RM4,849.
  3. Pemohon melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM).

Cara Memohon:

Berikut adalah langkah untuk memohon:

  1. Sila layari laman portal Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
  2. Kemudian klik butang ‘Muat Turun’ di bahagian Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (Pindaan 2022).
  3. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.
  4. Sertakan dokumen sokongan.
  5. Hantar ke pejabat RISDA yang berdekatan.

Dokumen Sokongan:

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:


  1. 1 lampiran Kad Pengenalan Pekebun Kecil/Warga RISDA/SMR/Pesara RISDA.
  2. 1 lampiran kad pengenalan/sijil lahir pasangan/ibu bapa/penjaga dan anak.
  3. 1 lampiran kad pekerja/kad pesara/rekod kelulusan tanam semula.
  4. 1 lampiran penyata gaji/pengesahan pendapatan pemohon terkini
  5. 1 lampiran penyata gaji/pengesahan pendapatan pasangan (jika berkenaan).
  6. 1 lampiran penyata bank pemohon.
  7. 1 lampiran Surat Tawaran Pengajian UCAM.
  8. 1 lampiran resit pembayaran kemasukan UCAM.
  9. 1 lampiran surat pengesahan pegawai perubatan terkini (bagi permohonan SBPK.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila email ke [email protected] atau hubungi di talian 010-659 0062.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Yayasan RISDA Tawar Skim Bantuan Pendidikan Dan Kesihatan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia