Yayasan Hong Leong Tawar Biasiswa Untuk Pelajar Universiti


Yayasan Hong Leong kini menawarkan biasiswa untuk siswazah Diploma, Diploma Lanjutan atau Pengajian Prasiswazah yang berkelayakan.

Tujuannya adalah untuk membantu golongan yang memerlukan bagi meringankan beban mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong dibuka bermula 15 Mei sehingga 30 Jun 2022.

Kadar Biasiswa:

Berikut adalah kadar biasiswa:

  • Kursus prasiswazah di Universiti Awam : RM 8,500/= p.a
  • Kursus Diploma/Diploma Lanjutan di Universiti Awam dan Universiti Awam tempatan : RM 6,000/= p.a
  • Pengajian prasiswazah di Universiti Swasta tempatan (Program ijazah secara sepenuh masa dan di kampus) : Sehingga RM 24,000/=p.a
  • Kursus Perubatan/Pergigian di Universiti Swasta tempatan : Sehingga RM 32,000/= p.a

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk permohonan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur antar 17 hingga 25 tahun.
  3. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan SPM/STPM tahun sebelumnya dan menerima keputusan pada bulan Mac tahun ini.
  4. Pemohon yang sedang mengikuti Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah (Tahun 1,2 atau 3) di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon.
  5. Jumlah pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM 5,000 dan ke bawah sebulan.
  6. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mempamerkan sifat kepimpinan dan aktif dalam bidang ko-kurikulum, sukan atau khidmat masyarakat.
  7. Pelajar dari golongan kelainan upaya (OKU) digalakkan untuk memohon.
  8. Pemohon mestilah mencapai keputusan akademik seperti berikut :
  • Minimum 8A SPM atau 6A bagi UEC.
  • STPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda : Minimum CGPA 3.5.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal Hong Leong Foundation Scholarship 2022 Application.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan.

Langkah 4: Hantar permohonan.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:


  1. 1 Salinan keputusan peperiksaan yang terkini.
  2. 1 Salinan jumlah pendapatan isi rumah bulanan.
  3. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Hong Leong Foundation.

Penafian – Semua artikel kami share dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan yang related dengan “Yayasan Hong Leong Tawar Biasiswa Untuk Pelajar Universiti” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia