WiSe Sabah Untuk Ibu Tunggal Sabah Sehingga RM1,200 Setahun

Laman Wise Sabah diwujudkan adalah untuk membantu nasib para ibu tunggal di Sabah. Tugas seorang ibu tunggal bukanlah mudah, bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri, mereka juga perlu menanggung anak-anak.

Pendaftaran ini adalah untuk mengumpul data wanita dan ibu tunggal di negeri Sabah. Sila kongsikan kepada ibu-ibu tunggal di negeri Sabah untuk membuat pendaftaran.

Berikut kami ada kongsikan beberapa perkara yang berkaitan.

Baca juga: iSejahtera: Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal RM100/Setahun

Kategori Ibu Tunggal:


  1. Kematian Suami.
  2. Bercerai.
  3. Diabaikan tanpa nafkah.
  4. Mempunyai anak / anak angkat.
  5. Mempunyai suami sakit dan tidak boleh bekerja.

Dokumen Diperlukan:


Berikut adalah kategori Ibu Tunggal dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pengesahan status:

  1. Kematian Suami- Sijil Kematian Suami dan Sijil Perkahwinan/ Sijil Kelahiran Anak.
  2. Bercerai– Sijil Penceraian.
  3. Diabaikan tanpa nafkah– Surat Pengakuan Ibu Tunggal yang disahkan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah.
  4. Mempunyai anak / anak angkat– Surat Pengakuan Ibu Tunggal yang disahkan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengambilan Anak Angkat.
  5. Mempunyai suami sakit dan tidak boleh bekerja– Sijil Perkahwinan dan Surat Pengakuan Keuzuran Suami daripada Hospital Kerajaan.

Cara pendaftaran:


  1. Layari laman Wise Sabah.
  2. Kemudian klik pada tab Daftaran.
  3. Isikan nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat emel.
  4. Kemudian klik butang Daftar.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti senarai di atas.
  6. Lengkap pendaftaran.

Maklumat Lanjut:


Maklumat lanjut akan dikongsikan dalam artikel selanjutnya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3