WHO Beri Amaran Penularan Cacar monyet Pada Golongan Berisiko


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran “penyebaran berterusan” cacar monyet di seluruh dunia.


Virus itu mula berpindah ke kumpulan berisiko tinggi, seperti wanita hamil, individu yang lemah imunisasi dan kanak-kanak.

Baca juga:

Ujian Saringan Dipertingkatkan:

Menurut Agensi Kesihatan PBB, siasatan sedang dijalankan terhadap kanak-kanak yang dijangkiti, termasuk dua kes di Britain, serta di Sepanyol dan Perancis.


Setakat ini, virus itu telah dikesan di lebih 50 negara di luar benua Afrika di mana ia adalah endemik dengan peningkatan kes di negara-negara tersebut.

WHO menyeru agar ujian saringan dipertingkatkan bagi mengesan virus cacar monyet.

Menurut Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, terdapat lebih daripada 3,400 kes cacar monyet dan satu kematian, sejak wabak itu bermula pada Mei.


Terdapat juga lebih daripada 1,500 kes dan 66 kematian tahun ini di negara ia lebih kerap merebak.

Walaupun wabak itu belum lagi mewakili kecemasan kesihatan awam iaitu tahap amaran tertingginya, namun pihak WHO giat mengkaji semula wabak itu dengan teliti.

 

Sumber: ASTRO AWANI



Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3