Wawa Zainal Selamat Melahirkan Anak Ke -4 .


Pagi tadi dikejutkan dengan berita tentang Wawa yang menahan sakit di pagi hari yang mana suaminya Aeril Zafrel ada menyiarkan gambar Wawa menahan sakit. Wawa yang sepatutnya bersalin pada minggu hadapan sudah mengalami kesakitan untuk bersalin.

Wawa dibawa oleh Aeril ke hopital bagi memeriksa kandungan dan keadaan isterinya Ariel yang juga memohon agar peminat mendoakan isterinya dalam keadaan baik. Dan beberapa jam kemudian Ariel dan Wawa masing-masing membuat posting tentang kelahiran anak ke-4 mereka .

Dengan caption ““Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi menahan sakit. Tak sampai hati nak kejut Aeril.. tunggu la sampai 5am. Sampai-sampai hospital dah 9cm. Lain macam sakit dia walaupun anak keempat. Nama belum ada, ada cadangan ke.. ”


Ariel yang turut berkongsi gambar semasa Wawa semasa dihospital masih sempat berselorah apabila mengatakan Wawa tetap cantik walaupun sedang mengalami kesakitan . Mereka mengucapkan terima kasih kerana telah mendoakan Wawa pagi tadi.

Dalam pada itu mereka juga berkata bahawa anak bongsunya ini menyebabkan wawa mengalami kesakitan yang luar biasa namun semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Wawa yang berkongsi gambar gembira dengan senyuman manisnya masih brelum mempunyai nama untuk anaknya yang baru lahir juga tidak menyatakan jantina anaknya pada umum lagi. Setakat ini mereka masih belum bersedia untuk mengumumkan nama anaknya kerana belum ada nama yang dicadangkan untuk anaknya dan anaknya itu lahir sedikit awal dari perancangan .

Semoga baby dan mama sihat sejahtera , selamat berpantang juga buta wawa..

 

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Wawa Zainal Selamat Melahirkan Anak Ke -4 .” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.