Wawa Zainal Gigih Redah Banjir Walaupun Masih Dalam Pantang.


Sebelum ini tular apabila Wawa Zainal berkasut tumit tinggi selepas seminggu bersalin dan keluar ke office bersendirian demi melancarkan produk terbarunya , kali ini pelakon dan usahawan kosmetik ini meredah banjir pula walaupun masih dalam tempoh berpantang.

Wawa yang berkongsikan video di Instagram dimiliknya telah memaparkan dirinya dan team menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Puchong pada Jumaat lalu yang mana difahamkan bahawa dia yang baru sahaja 24 hari berpantang .

Wawa ada menjelaskan bahawa kehadirannya di tapak banjir adalah dengan kebenaran daripada suaminya Aeril Zafrel malah di ahanya berniat berkongsi bantuan dan juga merasai pengalaman dan melihat dengan mata sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir.

 

 

“Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan sebab saya masih lagi jaga pantang (selepas bersalin). Malah, suami juga merestui tindakan saya,” katanya.

Dia yang berkongsi pengalaman berada di kawasan yang ditimpa banjir tersebut yang mana banyak kerosakkan yang berlaku di penempatan tersebut dan mereka sememangnya memerlukan bantuan terutama barang-barang seperti tilam, bantal dan lampin bayi.

Berkaitan soal makanan pula, dia melihat sudah banyak bantuan makanan yang diterima oleh penduduk setempat malah ada menghulurkan bantuan berbentuk makanan namun lebih fokus kepada keperluan rumah seperti bantal , pampers pakai buang , telekung , sejadah , tuala dan juga beberapa barang keperluan lainnya.

Perkongsian tersebut malah mendapt komen dan kecaman netizen kerana wawa begitu gigih pergi sendiri walhal dia mempunyai staff yang ramai , mengapa sanggup menyusahkan diri demi content seperti itu. Netizen cuma merasa bahawa Wawa sengaja mencipta publisiti murahan bagi menaikkan jenama kosmetiknya .

Namun ada segelintir netizen meluahkan rasa bimbang dengan kesihatannya yang masih dalam tempoh berpantang memuji semangatnya untuk turun adang membantu mangsa banjir .


Tapi kita hanya melihat tapi tidak berada ditempatnya..Doakan sahaja agar kebaikkan disebar agar ramai usahawan dan juga jutawan dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir.

Penafian – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan artikel related dengan “Wawa Zainal Gigih Redah Banjir Walaupun Masih Dalam Pantang.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia