Wanita Berpantang Perlu Elak Makanan “Sejuk” Ini


Berpantang adalah salah satu perkara yang sentiasa dititikberatkan oleh orang tua kerana ianya sangat penting bagi golongan wanita yang sudah bersalin demi menjaga tubuhnya.

Terdapat beberapa jenis makanan yang mampu memberi impka yang bururk terhadap kesihatan semasa berpantang.

Terkadang pengambilan makanan yang sesuai tidak memberikan kesan awal tetapi kesan selepas habis berpantang yang mana individu mengalami sakit badan yang berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian.

Namun terdapat perbezaan kepada tindak balas setiap badan seseorang kerana manusia memberikan tindakbalas berbeza berdasarkan ketahanan badan.

Seperti contoh , ada wanita yang tidak boleh makan pisang dan ada juga wanita tidak langsung alah kepada kangkung atau tumbuhan menjalar lainnya

Tetapi ada baiknya kita sebagai wanita berpantang dengan cara yang betul agar tubuh dalaman dan luaran jadi sihat seperti sebelum bersalin.

Jenis Makanan Sejuk

Makanan bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, kubis, terung, timun, labu, petola, pucuk ubi, pucuk paku dan banyak lagi sangat memberi kesan kepada tubuh boleh mengakibatkan sakit dan sengal sendi kepada tubuh.

Malahan buah-buahan seperti nangka, tembikai, nenas, pisang, cempedak, mangga, manggis, langsat, betik dan ciku juga dikatakan mendorong sakit sendi dan masalah angin kepada ibu berpantang.

 

Wanita Berpantang Perlu Elak Makanan "Sejuk" Ini 2

Makanan Yang Harus Diambil

Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800 kalori setiap hari agar dapat memberikan susu yang mencukupi kepada anak dan membina sel-sel dalam tubuh.

Namun jika ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.

Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit.

Pengambilan air kosong pada jumlah yang banyak juga perlu untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan.

Jika merasa badan berat, sakit-sakit pada sendi, belakang badan atau sakit perut pada ari-ari itu adalah petanda yang dialami apabila salah dalam berpantang. Namun begitu, kesan dan akibatnya berbeza bagi setiap orang.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3