Wang Tak Dituntut – Ramai Yang Dah Buat Tuntutan eGumis ~ Wang Milik Anda Yang Anda Tidak Sedari

Wang Tak Dituntut - Ramai Yang Dah Buat Tuntutan eGumis ~ Wang Milik Anda Yang Anda Tidak Sedari

Pengenalan eGumis


eGUMIS merupakan sistem semakan bagi memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online. Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi pada suku tahun kedua, tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab tak dapat dielakkan. Namun, pada 1 Januari 2020 yang lalu, eGUMIS kini sudah boleh digunapakai sepenuhnya untuk menyemak Wang Tak Dintuntut (WTD).

Semakan boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).


Jenis Wang Tak Dituntut


Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut. WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.

Antarannya:

  • Gaji / Upah / Komisen / eGaji
  • Dividen
  • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
  • Simpanan tetap
  • Deposit / Cagaran
  • Keuntungan yang telah diisytiharkan
  • Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
  • Akaun Simpanan
  • Akaun Semasa
  • Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

Sistem eGUMIS ANM Login Online


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.

Berikut adalah cara untuk semak eGUMIS register:

  • Layari pautan berikut https://egumis.anm.gov.my/
  • Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel terkini anda.
  • Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel.
  • Tukar semula kata laluan anda.
  • Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk semakan dan masukkan kad pengenalan anda.
  • Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.

Semakan secara manual, anda perlu membaca panduan penuh di sini. Disana juga anda boleh memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.


Cara Buat Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online


Untuk membuat tuntutan secara dalam talian / online, sila ikut langkah-langkah berikut:

  • Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”.
  • Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi. Tekan “Simpan”.
  • Upload / muat naik dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”.
  • Sila tick pada kotak dan setuju dengan terma syarat. Pilih “Ya”.
  • Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “Disahkan”.
  • Tempoh pembayaran akan mengambil masa dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini: BKM Fasa 3 Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui


Soalan Lazim


1. Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?

Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.

 

2. Bagaimanakah cara untuk membuat semaka eGUMIS online?

Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.

 

3. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

Dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam portal eGUMIS untuk pengesahan.


Maklumat Lanjut


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :

  • 03- 2056 8052
  • 03- 2056 8053

Atau boleh terus pergi ke pejabat :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Tingkat 42, Menara Maybank

100, Jalan Tun Perak,

50050 Kuala Lumpur


mybsn
BKM

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3