Wan Sharmila Tak Rimas Dijodohkan Dengan Shuib


Pelakon Wan Sharmila berkata dia tidak mengambil serius usikan netizen yang cuba menjodohkannya dengan Shuib Sepahtu selepas dia memanggil ibu kepada pelawak itu ‘Mama’.


Wan Sharmila berkata ibu Shuib sendiri yang mahu dirinya dipanggil Mama dan dia berbuat demikian sebagai tanda hormat. tanda hormat.

“Ibu Shuib yang suruh panggil Mama. Takkan saya nak menolak, nanti dianggap kurang sopan pula. Dia sudah bahasakan diri Mama, jadi saya turutkan sahaja.

“Saya tidak rimas pun apabila warganet terus menerus mahu menjodohkan saya dengan Shuib. Terpulang, hak masing-masing,”

Dalam pada itu, ditanya mengenai status dirinya sekarang, Wan Sharmila berkata dia masih belum berpunya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3