Kaunter BKM Hujung Minggu kini dibuka untuk memudahkan orang ramai untuk membuat permohonan dan mengemaskini maklumat bantuan (BKM) secara manual bagi yang tiada masa terluang untuk ke kaunter pada hari bekerja.
Perkhidmatan kaunter BKM ini dibuka di Pejabat Cawangan HASIL, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat HASIL dan Pusat Transformasi Bandar di seluruh negeri di Malaysia.
Baca juga:
Senarai Kandungan
Tarikh Tutup Permohonan:
Tarikh akhir permohonan dan kemaskini BKM adalah pada 31 Januari 2022.
Jadual Kaunter BKM Hujung Minggu:
Berikut merupakan tarikh dan waktu beroperasi kaunter BKM pada hujung minggu:
JADUAL_PEMBUKAAN_KAUNTER_BKM_2022
LOKASI PREMIS LHDNM | TARIKH | WAKTU OPERASI |
Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor | 28-29 Januari 2022 (Jumaat & Sabtu) | 8.00 pagi – 4.30 petang |
Negeri-negeri lain | 29 – 30 Januari 2022 (Sabtu & Ahad) | 8.00 pagi – 4.30 petang (Semenanjung) 8.00 pagi – 3.30 petang (Sabah / Sarawak) |
Permohonan Online BKM:
Permohonan boleh juga dibuatsecara online di portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). di https://bkm.hasil.gov.my/
Cara mohon, sila baca di sini :
Permohonan Baru BKM 2022 Di Buka Hanya Pada Januari Ini.
Permohonan Baharu BKM:
Berikut merupakan pemohon yang perlu membuat permohonan baharu:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM.
- Pemohon yang tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP.
- Pemohon yang berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Pemohon yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah (individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat).
Kemaskini BKM:
Berikut merupakan pemohon yang perlu membuat pengemaskinian:
- Pemohon individu.
- Pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021.
- Pemohon yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
Semakan BKM:
Semakan BKM 2022 boleh dibuat secara dalam talian.
Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.
Borang BKM:
Berikut merupakan borang-borang berkaitan BKM:
Borang-Permohonan-BKM-2022-FINAL
Akuan-Penerimaan-Borang-Permohonan-Berkelompok-BKM
Borang-Serahan-Dokumen-Sokongan-BKM
Borang-Pembatalan-Permohonan-BKM
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau hubungi talian careline di 03-8911 1000.