Vinicius Junior Digelar Monyet!


Bintang dunia seperti Neymar termasuk pemenang Piala Dunia, Pele, menyelar kritikan berbentuk perkauman terhadap rakan senegara di Real Madrid, Vinicius Junior.

Vinicius Junior Digelar Monyet! 1

Rancangan bual bicara sukan dan program berita sukan di Sepanyol mengundang kontroversi apabila mempersoalkan tariannya ketika meraikan jaringan.

Menurut laporan Firstpost, seorang tetamu dalam rancangan bual bicara sukan yang disiarkan di televisyen dilaporkan mengatakan Vinicius sebagai berkulit hitam harus berhenti “melakukan aksi seperti monyet itu.”

Sila Baca Disini : Ecuador Kekal Dalam World Cup!

Vinicius Junior Digelar Monyet!


Apatah lagi tarian dianggap salah satu tradisi oleh masyarakat negara Amerika Selatan itu.

Madrid pantas mengeluarkan satu kenyataan membela pemain itu dan tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menggunakan bahasa perkauman terhadap pemain mereka.

Malah, ketua pasukan Atletico Madrid, Koke, menghangatkan lagi pertemuan ‘derby Madrid’ di Stadium Wanda Metropolitan apabila mengulas mengenai tarian pemain itu.

Koke mengatakan bahawa akan ada masalah besar jika Vinicius raikan jaringan dengan tarian dalam derbi tersebut.

Namun Koke tetap berkata bahawa tindakan menari tersebut adalah hak beliau kerana itu adalah cara pemain itu sendiri meraikan sesuatu.

Vinicius Junior Digelar Monyet! 2

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata beliau tidak faham mengapa kontroversi timbul berkenaan tarian Vinicius tersebut.

“Vini adalah seorang Brazilian, beliau menari dengan sangat bagus dan saya fikir itu tidak mengacau sesiapa langsung.

“Beliau tidak perlu untuk mengubah apa-apa tentang perkara tersebut kerana beliau sentiasa menghormati pihak lawan dan juga pihak pengadilan,” ujar Ancelotti.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3