Gara-gara terlepas cakap dengan ‘pickupline’ nak beristeri dua dan adegan mesra disuap pelakon Erra Fazira, pelawak Jep Sepahtu menangis sambil disuapkan bubur cili oleh isterinya Sari Yanti. Aksi mereka berdua itu dirakam ketika persembahan jelajah, Sepahtu Reunion Live Tour 2022 yang telah pun membuka tirai di lokasi pertama di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru Jumaat lalu.
Adegan mereka menjadi viral dan Jep didakwa berani mati dengan ‘pickupline’ dan tindakannya itu malah pada masa sama kelihatan panik kerana bimbang dengan penerimaan isterinya, Sari Yanti ketika menonton nanti.
Ternyata Sari tidak berdiam diri dan menerusi perkongsian di akaun TikTok @JepTapan dia turut dilihat memasak bubur untuk suaminya.
Tetapi bukan bubur nasi biasa tetapi ‘bungkusan’ ditabur cili hijau dan merah di atasnya.
Malah, Sari sendiri dilihat menyuap suaminya di meja makan sambil dimakan oleh Jep yang menangis kerana kepedasan.
Kemas kini itu mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan video tersebut. Malah dia mendakwa Jep masih bernasib baik kerana Sari masih mahu menyuap bubur walaupun penuh dengan cili.
“Nasib baik dia suap lagi bang, kalau dia tinggal abang makan sorang-sorang lagi jem,” kata salah seorang warganet.
“Sari Yanti dengan Erra Fazira punya bubur mana lagi sedap?” tanya netizen berseloroh.
“Nasib bsik makan guna sudu lagi, kalau guna tube habislah,” komen salah seorang warga maya.
View this post on Instagram