[VIDEO] Penampilan Dolla Yang Dikatakan Keterlaluan Dikritik Netizen


Kumpulan Dolla baru – baru ini telah menerima kritikan hebat selepas tampil dengan imej seksi ketika melakukan persembahan di Good Vibes Weekender, pada minggu lalu.

Melalui satu perkongsian di aplikasi Tik Tok daripada peminat , anggota kumpulan Dolla yang terdiri daripada Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya dikatakan memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menyebabkan mereka dikecam netizen.

Mereka yang memakai pakaian berwarna maroon dilihat sangat lincah menari sambil menyanyi di hadapan ratusan penonton yang hadir di festivel berkenaan.

[VIDEO] Penampilan Dolla Yang Dikatakan Keterlaluan Dikritik Netizen 1

 

@ehmalaysia @dollaofficial #goodvibesweekender #idolla ♬ original sound – ehmalaysia


Menjengah ke ruangan perkongsian video  tersebut , rata – rata netizen memberikan komen negatif dan tidak suka dengan penampilan kumpulan tersebut .

Walaupun sering ditegur mengenai pakaian yang dikenakan oleh mereka namun mereka masih lagi berpakaian seksi apabila melakukan persembahan dan itu membuatkan netizen menyampah dengan kumpulan ini.

Dikecam Netizen


Sekalipun berbakat mereka tidak perlulah berpakaian seperti itu hanya untuk menarik perhatian ramai sehingga memalukan diri sendiri dan menyakitkan mata orang yang melihat.

 

[VIDEO] Penampilan Dolla Yang Dikatakan Keterlaluan Dikritik Netizen 2

 

Bukan itu sahaja , ada juga yang membandingkan pakaian yang dikenakan oleh Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi yang sama sebagai selebriti jemputan.

BACA INI : (VIDEO) Ini Sebab Mengapa Pelajar Hanya Melihat Bapa Jatuh Motorsikal Tanpa Membantunya

Chae – Rin yang dilihat mengenakan jaket hitam labuh sempat berseloroh dengan mengatakan dia ingin menanggalkan ‘outerwear’ yang dipakai namun enggan mencetuskan masalah di Kuala Lumpur.

Kumpulan tersebut sepatutnya mengenakan pakaian yang sesuai dan tidak keterlaluan agar tetap menjadi pilihan peminat dan lebih menghormati mereka sebagai wanita .

Populariti yang bagus adalah berdasarkan bakat serta peribadi yang baik dan bukanlah berdasarkan pakaian yang dipakai kerana mereka adalah penggiat seni yang berkebolehan.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3