(Video) Detik Cemas, Skrin Gergasi Jatuh Hempap Kepala Artis Tengah Buat Persembahan

Sebuah skrin gergasi dilaporkan terhempas semasa konsert hingga menyebabkan kecederaan kepada dua orang Penari ketika melakukan persembahan bersama kumpulan Mirror. Bagaimanapun, dua penari lelaki tersebut telah dihantar dari Hong Kong Coliseum di Hung Hom ke Hospital Queen Elizabeth pada hari Khamis, 28 Julai 2022, lapor SCMP.

Menurut pihak doctor, salah seorang Penari itu mengalami kecederaan pada bahagian tengkok dan juga berada pada tahap yang serius. Penari itu sedang dirawat di unit rawatan rapi. Manakala penari lain mengalami kecederaan teruk di kepala dan berada dalam keadaan stabil.

Detik-detik Cemas, Skrin Gergasi Jatuh Hempap dikepala Artis Tengah Buat Persembahan


Dalam pada itu, tiga penonton wanita berusia 16, 21 dan 40 tahun juga dirawat di hospital kerana mengalami masalah ‘terkejut’ yang sangat kronik.

Memetik SCMP, konsert tersebut merupakan siri keempat kumpulan itu daripada 12 siri yang telah dicatat. Walau bagaimanapun, malah kerajaannya mengarahkan baki konsert tersebut digantung sehingga set pentas itu dapat dipastikan betu-betul selamat.

Pengetua Eksekutif John Lee Ka-chiu dalam satu kenyataan berkata, dia juga terkejut dengan kemalangan itu dan disuruh Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan serta pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh punca kemalangan itu.

 

Baru-baru ini dia juga mengarahkan pihaknya untuk menyemak keperluan keselamatan untuk pastikan perlindungan semua yang terlibat dalam acara seperti itu termasuk penghibur, pekerja dan peminat terjamin.

“Saya menzahirkan rasa simpati kepada mereka yang cedera dan berharap mereka akan pulih dengan segera,” ujarnya, lapor SCMP.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3