(Video) Andi Bernandee Terpaksa Hentikan KOnsert


Penyanyi dan pelakon kacak kelahiran negeri Sabah , Andi Bernadee terpaksa menghentikan persembahan buat seketika selepas penonton mula berkerumun menghampirinya sehingga mengundang bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan.

Konsert yang berlangsung sempena Hari Malaysia berkenaan telah diadakan di Bintulu , Sarawak dan Andi telah dijemput menjadi penyanyi undangan bagi memeriahkan program tersebut.


Perkongsian di aplikasi Tik Tok tersebut memperlihatkan penyanyi tersebut tiba – tiba menghentikan nyanyian saat penonton mula mendekatinya sehingga ke atas pentas serta melintasi kawasan ‘pyro firework.’

Andi dengan segera meminta agar muzik dihentikan dengan segera kerana bimbang perkara buruk berlaku sewaktu dia menghiburkan penonton.

 

“Stop.. stop (muzik). Depan ni ada api sebab itu tak boleh rapat. Belakang lagi sikit. Bahaya bahaya!” – kata Andi.


Percikan Api

Malah dalam video berkenaan juga kelihatan bahawa seroang kanak – kanak perempuan hampir terkena percikan api tersebut kerana berdiri berdekatan kawasan ‘pyro firework.’

Namun tiada kecederaan dilaporkan dan Andi berharap yang kanak- kanak tersebut tidak tercedera semasa menyaksikan persembahannya saat itu.

Ramai yang memuji tindakan pantas daripada Andi yang begitu mengambil berat soal peminatnya walaupun semasa melakukan persembahan , dia tetapi prihatin terhadap orang lain.


Malah orang ramai juga berterima kasih dan bersyukur kerana tiada kecedaraan atau kemalangan semasa menyambut hari bersejarah itu .

BACA INI : “Jangan fikir tekak sendiri je. Fikirkan juga kesibukan waktu saya, – Dato Jamal Terkilan Dengan Tindakan ROslan Shah

Namun terdapat juga netizen yang menganggap tindakan Andi itu poyo dan keterlaluan sehingga menghentikan persembahan kerana perkara kecil seperti itu


Malah cuba membandingkan situasi Andi itu dengan penyanyi antarabangsa yang pernah mengalami perkara yang lebih buruk dan masih tetap menersukan persembahan tanpa memikirkan perkara lain .

Andi Azrul Andi Mapangile atau senang digelar Andi tidak mahu memanjang isu tersebut dan merasakan tindakannya itu bijak kerana nyawa lebih berharga daripada segalanya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3