Semalam tukar di aplikasi , TikTok berkenaan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki tua berbirak dengan seorang pelajar peremuan dan tiba – tiba jatuh daripada motosikal yang sedang ditongkat.
Video itu mendapat hampir sejuta tontonan dan rata- rata memberikan komen negatif dan mengeji tindakan anaknya yang begitu bersahaja dan tidak membantu ayahnya untuk bangun.
Malah remaja perempuan yang berada di sisinya itu dilihat hanya memandang sekeliling dan tidak menolong lelaki tua itu yang terjelepok jatuh di atas jalan raya dan menahan kesakitan.
@suegojes95 Sumpah sedih tgk ni 😔😔 smpai hati kau dik tgk je lngsung xde hati perut tlg angkat kan 😥😥😥 theruk nawww budak skrng ni😰 #viral #hargaiorgtuakita #syurga ♬ original sound – Nsuhaib95_
Disebabkan ramai yang merasa tidak puas hati dengan tindakan remaja tersebut , ramai yang berkongsi video tersebut dengan caption yang membuatkan orang ramai sebak mengenangkan nasib lelaki tersebut tetapi marah dengan remaja itu.
Namun ada yang bersimpati dengan ucapan dan cemuhan yang diberikan kepada remaja tersebut sehingga ada yang menyebut anak itu sebagai anak derhaka dan tidak tenang dunia akhirat kerana berkelakuan begitu.
Pihak Sekolah
Pihak sekolah telah tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut dan membuat hantaran di laman Facebook memberitahu tentang perkara yang menyebabkan remaja oitu tiada tindakbalas semasa kejadian itu berlaku.
Sekolah yang berlokasi di Terengganu itu menjelaskan bahawa remaja perempuan tersebut sebenarnya di bawah kategori lembam yang mana dia hanya bertindak balas apabila disuruh sahaja serta tidak boleh membaca walaupun sudah dewasa.
Kasian dengan kritikan netizen yang masih mengutuk dan mengecam pelajar tersebut , pihak sekolah turut menggesa agar pemilik video asal itu untuk memadam hantaran tersebut dan memebrikan penjelasan kerana ia telah menimbulkan salah faham.
Perkara seperti itu boleh mengguris hati pelajar yang tidak bersalah itu malah kaum keluarga juga pastinya terkena tempias gara – gara video itu sudah tular dan semestinya ada yang mengenali keluarga tersebut.
“Kasihan pelajar ini, semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebar tanpa mengetahui kebenaran.”
Malah pihak sekolah sempat menitipkan pesanan agar orang ramai tidak terlalu taksub dalam mengejar like sehingga merosakkan dan memburukkan orang lain tanpa usul periksa sehingga memalukan.
BACA INI : Man Kidal Rugi Hampir RM400,000
Pihak sekolah turut berpesan agar berhati – hati dalam menulis komen dan kata- kata negatif sebelum mengetahui kesahihan sesuatu berita agar tidak termakan diri.
“Berhati-hati dalam mengejar ‘like’. Tak semua yang kita lihat itu seperti sangkaan kita. Tidak perlu komen negatif.”