Home » Gosip Artis Malaysia » Vicha Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan Ke Dua Dengan Lelaki Pilihan.

Vicha Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan Ke Dua Dengan Lelaki Pilihan.

Vicha dalam perkongsian terbarunya di Youtube channel miliknya mengakui tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan keduanya dengan jejaka Nigeriayang  dikenali sebagai Johnson dan sudah berkahwin sejak tiga tahun yang lalu.

Dalam penjelasan daripadanya , dia tidak mendedahkan tentang perkahwinannya itu kerana tidak mahu terlalu berkongsikan tentang hal peribadinya kerana pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangganya sebelum ini.

“Betul saya bukan janda lagi. Saya sudah berkahwin kali kedua tiga tahun lalu dan memiliki seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide kini berusia dua tahun, katanya.

Mereka berkenalan sejak tahun 2015 dan suaminya itu adalah seorang mualaf yang sudah memeluk agama Islam.

Dia yang mengakui akibat daripada dia merahsiakan hubungan tersebut bakal menimbulkan fitnah dan juga perkara buruk apabila disebarkan dan telah memohon maaf kerana terlalu berahsia dengan pihak media.

“Tapi sekarang ni saya rasa sudah sampai masanya sebab ada yang bertanya tentang Johnson sebab selalu nampak kami bersama. Saya harap pendedahan ini tidak akan tercetus spekulasi dan mengelakkan fitnah,” katanya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Vicha juga berkongsi bahawa suaminya itu adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang. Ujarnya, suaminya itu sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang. Malah banyak membantu dan memberi dorongan terhadap bisnes jualan bakso yang sedang diusahakannya itu.

“Masa kami berkawan, saya sudah beritahu kepada dia yang saya tidak mahu dikecewakan lagi. Bukan mudah saya nak buka pintu hati saya. Saya pernah melalui pengalaman memeritkan sebelum ini.

“Tapi dia meyakinkan saya yang dia tidak akan mengecewakan saya dan begitu bersungguh – sungguh . Selepas kahwin suami banyak bagi semangat kepada saya. Alhamdulillah susah senang dia ada bersama saya,” katanya.

Dia yang juga ada menyatakan hasrat agar anak-anaknya di Indonesia bole bersekolah di Malaysia dan berada dekat dengannya kerana sering merasa rindu kepada anak-anaknya itu. Bercita-cita untuk membuka bisnes yang lebih besar di Malaysia dan ingin mengembangkan dan memperluaskan produk bakso Vicha yang sedang laris di pasaran Malaysia.

Vicha yang baru-baru ini telah memenangi tempat kedua dalam program Maharaja Lawak Mega 2021 masih laku di Malaysia dan mempunyai banyak tawaran mengacara , berlakon dan juga program Tv yang lainnya.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Vicha Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan Ke Dua Dengan Lelaki Pilihan.” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!