Vaksin Untuk Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Telah Diluluskan.


Kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang mana ,beliau memaklumkan bahawa kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun kini sudah boleh menerima vaksin COVID-19 selepas mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat diberikan kepada jenis vaksin COMIRNATY 10mg Concentrate For Dispersion For Injection.


Segala keputusan itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang hari ini berkenaan pendaftaran produk vaksin COVID-118

COMIRNATY 10mcg adalah vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi COVID19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Vaksin ini mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Sepeti yang semua sedia maklum bahawa bagi individu berusia 12 tahun ke atas, kelulusan pendaftaran bersyarat turut diberikan kepada COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection di mana ia vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan sebelum administrasi serta mempunyai jangka hayat yang lebih panjang iaitu 10 minggu apabila disimpan pada suhu 2 darjah celsius hingga 8 darjah celsius setelah dinyah beku.

Bagi pemegang pendaftaran untuk kedua-dua vaksin COMIRNATY itu adalah Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dan dikilangkan oleh BioNtech Manufacturing GmbH, Jerman.


DG. Hisham juga menjelasakan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut untuk dipantau dan dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berdasarkan data-data terkini daripada semasa ke semasa.

Yang mana ia bertujuan bagi memastikan perbandingan manfaat risiko bagi vaksin-vaksin tersebut kekal positif dan tidak memberikan kesan negatif kepada pengguna.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3