Home » Gosip Artis Malaysia » Uyaina Arshad Disuruh “Minum ” Di Kelab Untuk Cetus Kontroversi.

Uyaina Arshad Disuruh “Minum ” Di Kelab Untuk Cetus Kontroversi.

Saidatul Naseha Uyaina Arshad atau dikenalai dengan panggilan Uyaina Arsyad , 29 tahun ialah seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia. Dia memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater dan pernah  dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3 dan mula mengacara dalam rancangan Nona pada 2016 hingga 2017 dan Wanita Hari Ini  dari tahun 2017 hingga kini.

Kerjaya Uyaina mula berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia dan hingga kini telah memiliki lebih 1.7 juta pengikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai

Kerjayanya dalam bidang lakonan pula bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan dan banyak lagi.

Berikutan tular post di media sosial tentang jumlah pengikut Instagram mampu mempengaruhi kerjaya dan tawaran kerja kepada para artis malah menjadi faktor utaman pemilihan . Ramai artis yang berkongsi komen dan membincangkan tentang perkara tersebut.

Nampaknya industri seni tanah air semakin parah apabila ramai artis baru yang naik tanpa bakat dan terus menerus menerokai industri malah banyak pelakon yang berkaliber dan berbakat semakin dipinggirkan akibat kekurangan pengikut di Ig.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Malah industri seperti menghadkan pengambilan pelakon yang tidak mempunya pengikut seramai 1 juta dan ini sangat menyusahkan para pelakon veteran dan pelakon lainnya kerana perlu aktif dimedia sosial jika mahu mendapatkan job.

Uyaina yang turut berkongsi pengalaman apabila pernah disuruh berlakon pergi minum ke kelab malam agar menaikkan namanya kembali kerana waktu itu dia sudah tidak popular lagi.

Rakannya menyuruh dia berlakon pergi minum di kelab malam sambil memegang gelasa arak tapi hanya berpura-pura dan mengambil gambar lalu disebarkan mungkin akan menjadi gosip hangat.

Walaupun perkara itu telah berlaku kira-kira 4 tahun yang lalu namun ianya masih berlegar-legar dipikirannya. Mujur Uyaina masih kuat iman dan tidak terlalu mengejar dunia glamor .

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Uyaina Arshad Disuruh “Minum ” Di Kelab Untuk Cetus Kontroversi.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!