Usop Selamat Bertunang Dan Merancang Nikah Pada Februari Tahun Depan.


Selama dua tahun bercinta dan mengenal hati budi masing – masing , Usop akhirnya selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya , Nur Fatihah kelmarin.

Orang kata jangan tunggu lama- lama nanti diambil orang.

Penyanyi itu berharap agar segala urusan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar kerana tidak ingin terlalu lama bertunang . Dia malah mendoakan agar dia dan tunangnya mampu menghadapi segala ujian pahit dan manis sebelum bernikah nanti . Kata orang memang mencabar bila bertunang ni.

Kata mereka “kami merancang berkahwin secepatnya iaitu Februari tahun depan. Tarikh sebenar saya akan kongsikan kelak. Yang pasti, saya tidak mahu tunang lama-lama”.

Usop menjelaskan bahawa kedua pihak keluarga mereka gembira dengan pertunangan ini selain mendedahkan bahawa mereka merancang untuk meraikan majlis pernikahan secara tertutup nanti.

Kata USop lagi, Fatihah merupakan gadis idamannya selama ini dan bersyukur mereka akhirnya bersama meskipun memulakan perkenalan sebagai teman sahaja.

Usop berselorah dengan mengatakan “Saya sendiri pun memang mencari wanita yang berhidung mancung, berkulit cerah dan lebih tinggi daripada saya. Tak sangka impian saya jadi kenyataan”. Alhamdulillah orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan.

Nur Fatihah pula mendedahkan pandangannya kepada Usop yang mana, banyak kelebihan dalam diri Usop yang dia senangi hingga berjaya membuatkannya jatuh hati pada Usop.

Kata Fathia , “Saya suka sikapnya yang cukup lurus dan ikhlas. Dia juga memang tidak mengalah untuk berusaha memikat saya dulu meskipun dia agak muda.” Mudah tidak mengapa asalkan matang dan pandai menjaga hati orang tersayang.


Kata Fatihah lagi, “Usop juga sangat menghormati orang tua dan berani berdepan dengan mereka bagi menyampaikan niat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius”. Nampak ikhlas dan bersungguh dalam mengjalinkan hubungan.Semoga hubungan mereka dipermudahkan dan cepat – cepat naik pelamin..

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang related dengan “Usop Selamat Bertunang Dan Merancang Nikah Pada Februari Tahun Depan.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia