URUS B50
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.
URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas sahaja.
Para peminjam boleh memohon bantuan melalui Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dengan menghubungi bank masing-masing mulai 15 November 2021, menurut sebuah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia.
Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS B50).
Apakah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS B50) ?
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Program ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
URUS adalah untuk peminjam dari kumpulan B50, iaitu mereka yang:
- Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
- Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
- Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
- Mengalami:
- Kehilangan pekerjaan; ATAU
- Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%
Bantuan Yang Ditawarkan
Di bawah program URUS, berikut adalah bantuan yang ditawarkan:
- Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.
- Pengecualian faedah selama 3 bulan
- Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
- Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.
Baca juga: eKasih: Cara Pendaftaran, Semakan Status & Senarai Bantuan Yang Layak Diterima
Cara Permohonan URUS B50
Untuk memohon URUS, anda boleh menghubungi pihak bank masing-masing mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.
Butiran permohonan selanjutnya akan dikongsikan oleh pihak Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan atau bank-bank berkenaan sebelum 15 November 2021.
Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut sila ke akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.
Bagi anda yang ingin mendapatkan nasihat dan bimbingan kewangan selanjutnya, boleh hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).