Home » Pendidikan » UPSI Portal

UPSI Portal

UPSI Portal | Adakah anda merupakan lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi/STAM/Diploma Universiti Awam/DKM/DVM/ DLKM dan setaraf yang berhasrat ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), anda boleh melakukan permohonan mulai sekarang.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau dulunya dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris yang terletak di Tanjung Malim, Perak merupakan universiti pendidikan yang pertama di Malaysia yang diisytiharkan pada 1 Mei 1997 sebagai sebuah universiti.

Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda semua mengenai permohonan ke UPSI.

Cara Memohon UPSI Melalui UPSI Portal

Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke UPSI boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Bagi para lepasan SPM dan setaraf, terdapat 4 program diploma yang ditawarkan.

  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Teknologi Makmal
  • Diploma sains (Matematik)
  • Diploma Sains
  • Diploma Keusahawanan

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Bagi program – program ijazah sarjana muda pula, anda boleh merujukan di Program UPSI Sarjana Muda.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh merujuk pada iklan dibawah :

upsi portal

 

Pembelian Bitara ID

Bitara ID boleh dibeli di mana – mana cawangan BSN di Malaysia. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM15.60. Pembelian Bitara ID adalah dibuat berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan pemohon. BSN akan memberikan anda salinan resit pembayaran bersama – sama nombor unik ID yang anda perlu guna semasa membuat permohonan.

Baca Juga -> UPU Online 2020

Permohonan kemasukan UPSI

Dibawah ini dikongsikan kepada anda, langkah – langkah untuk membuat permohonan bagi kemasukan ke UPSI

  • Layari portal rasmi UPSI : https://www.upsi.edu.my/
  • Sila pilih bahasa yang ingin digunakan pada penjuru kiri atas
  • Klik ‘Bakal Pelajar’ dan klik ‘Cara Memohon’, dibawah ‘how to apply’ terdapat pautan bagi permohonan warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia.

Maklumat tambahan

  • Pemohon dibolehlkan untuk mengemaskini maklumat pemohonan sebelum tarikh tutup permohonan seperti didalam iklan
  • Pemohon perlu mengisi segala maklumat yang diminta
  • Setelah menghantar permohonan anda, anda tidak boleh lagi mengemaskini permohonan
  • Surat tawaran akan dihantar berdasarkan alamat terkini yang diisi dalam borang permohonan
  • Permohonan lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima selepas Mac 2019 dianggap tidak berjaya. (Bagi lepasan SPM/ Setaraf)

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPSI

Syarat bagi permohonan kemasukan ke UPSI bagi ambilan Februari 2020 adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan STPM/ Matrikulasi/STAM/Diploma Universiti Awam/DKM/DVM/ DLKM dan setaraf

Syarat Am Kemasukan

Dibawah ini pula disenaraikan syarat – syarat am bagi kemasukan ke UPSI

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurangnya kepujian bagi subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu Kertas Julai

DAN

  • Lulus STPM dengan mendapat sekurangnya PNGK 2.00 dan Gred C dalam matapelajaran Pengajian serta dua mata pelajaran lain ;

ATAU

  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dan mendapat sekurangnya PNGK 2.00;

ATAU

  • Lulus peperiksaan STAM dengan mendapat sekurangnya pangkat Jayyid;

ATAU

  • Mempunyai Diploma dalam bidang yang releven dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta Senat Universiti dan mendapat sekurangnya PNGK 2.50;

DAN

  • Mendapat sekurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
    Matematik/ Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai

DAN

  • Memiliki Sijil MUET 2020 dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Satu (1)

Syarat Tambahan Kemasukan

Bagi pemohonan Program Pendidikan bagi perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dibawah ini disenaraikan syarat – syarat bagi kemasukan ini :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon mestilah berumur tidak lebih 30 tahun semasa memohon
  • Pemohon mestilah telah disahkan mempunyai tubuh badan yang sihat hasil Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi salah satu talian dibawah :

  • Alamat : Unit Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bangunan Canselori,
    Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak
  • No Telefon : 05-4506 932/ 6000/ 6930/ 6929
  • Laman Facebook : https://www.facebook.com/UPSIMalaysia/

Semoga dengan perkongsian ini, dapat memudahkan anda untuk membuat permohonan UPSI Portal. Jangan lupa ikuti Facebook rasmi UPSI Malaysia bagi mendapatkan maklumat – maklumat terbaharu bagi rujukan anda.

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan – rakan yang lain! Semoga berjaya dalam pelajaran!

Penafian – Semua yang kami share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “UPSI Portal” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!