United Pamer Aksi Hambar – Tewas Ditangan Everton Yang Bergelut Dengan Prestasi!


Apa sudah terjadi dengan United? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Perlawanan diantara Everton dan Manchester United yang berlansung di Stadium Goodison Park disajikan dengan aksi hambar dan tidak bertenaga dari kedua dua pasukan.

United Pamer Aksi Hambar - Tewas Ditangan Everton Yang Bergelut Dengan Prestasi! 2

Namun, Everton berjaya mencuri peluang dan mengambil kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mengutip 3 mata penuh dihadapan 39,572 penyokong sendiri. Ini bermakna Everton berjaya mengelak dari penyingkiran dan keciciran mata.

United Pamer Aksi Hambar - Tewas Ditangan Everton Yang Bergelut Dengan Prestasi! 3

Meskipun bergelut dengan prestasi semasa di bawah kendalian pengurus baharu iaitu Frank Lampard namun Everton ternyata bijak dalam percaturan menewaskan Manchester United yang juga sedang bergelut dengan prestasi semasa.

Pada separuh masa pertama, United lebih mengawal permainan dengan 63 peratus posisi berjaya dipegang dan memaksa Everton untuk bertahan. Asakan demi asakan di lakukan United namun buntu untuk menembusi kubu pertahanan Everton yang kebal lebih lebih lagi penjaga gawang, Jordan Pickford yang beraksi cemerlang.

United Pamer Aksi Hambar - Tewas Ditangan Everton Yang Bergelut Dengan Prestasi! 4

Marcus Rashford antara pemain berbahaya dengan serangan beliau apabila sepakan separuh voli pada minit ke 12 namun berjaya ditepis keluar Pickford. United terus mengasak dengan hantaran silang Alex Telles berjaya mendapatkan Rashford yang menanduk deras ke arah Pickford namun penjaga gol itu sekali lagi menidakkan serangan itu.

United Pamer Aksi Hambar - Tewas Ditangan Everton Yang Bergelut Dengan Prestasi! 5

Everton tidak mencatatkan sebarang ancaman namun pada minit ke-28, Richarlison memulakan serangan di bahagian kiri dan menghantar bola ke bahagian tengah. Bola tersebut berjaya diambil oleh Anthony Gordon lalu melakukan rembatan kencang luar kotak penalti dan menghasilkan gol pertama perlawanan.

Walaupun bola tersebut melantun ke badan Maguire dan menyebabkan jaringan gol, barisan pertahanan United perlu dipersalahkan juga kerana lalai mengawal situasi. Separuh masa pertama tamat dengan dominasi kedua pasukan tanpa tambahan jaringan.

United Pamer Aksi Hambar - Tewas Ditangan Everton Yang Bergelut Dengan Prestasi! 6

Namun pada separuh masa kedua Everton lebih cenderung kepada bertahan dan United pula menyerang tanpa hasil gol berjaya dihasilkan atas sebab pertahanan ampuh dari Everton dan juga kecekapan Pickford. Perlawanan tamat dengan Everton berjaya mendapatkan 3 mata penting.

Kemenangan diraih Everton ini merupakan kemenangan penting untuk mengelak dari tersingkir namun kekalahan Manchester United ini tampak mengelapkan harapan mereka untuk merebut tempat ke 4 serta slot automatik ke Liga Juara Juara Eropah.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3