Uji Rashid Kongsi Keadaan Terkini Anaknya , Cico


Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Uji Rashid melahirkan rasa terharu dan sangat bersyukur apabila keadaan kesihatan anak lelakinya , Cico bertambah baik dan semakin sihat .

Namun masih tidak mampu bercakap seperti biasa dan belum lancar serta tidak jelas seperti orang dewasa tetapi kesihatannya bertambah baik sejak PKP berlalu dan

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, keadaannya makin okey. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar”.

“Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah…,” katanya

 

 

Sebelum ini  , Uji Rashid pernah melahirkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.

Uji juga sempat bercerita tentang kisah anaknya itu yang telah dianiayi oleh teman – temannya sehingga menyebabkan keadaanya menjadi seperti sekarang dan sukar untuk dipulihkan.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

BACA : Sultan Kelantan Isytiharkan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan

Beliau juga mengakui anaknya mengalami kesukaran untuk bertutur kerana racun yang diberikan memberikan kesan kepada otak , organ serta kotak suaranya .

“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif”.

“Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” jelasnya lagi.

Terdahulu , Cico Harahap, 44, didakwa telah  berdepan masalah kesihatan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016.

Cico dikatakan telah diracun dengan cara meletakkan sesuatu ke dalam minumannya dan  telah menyebabkan dia mengalami sakit yang berpanjangan hingga memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Selain menerima rawatan hospital , Puan Uji juga turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam dan berusaha dengan sepenuh hati untuk merawat anak kesayangannya itu.

Sedih Dan Terkilan

Beliau juga turut menyatakan rasa terkilan apabila terdapat beberapa portal masih menyiarkan berita yang dianggapnya basi dan sengaja menyebarkan perkara yang tidak benar tentang anaknya itu.

“Bodoh…bodoh. Orang macam itu bodoh. Dia tengok yang lama kemudian ulang balik dan tulis benda itu”.

“Saya memang marah. Yang lama diulang semula. Kenapa? Bukan menolong namanya tapi menjahanamkan orang”.

“Bukan apa, kita nak doakan orang sihat. Ini tak ada, mereka sengaja tambah lagi. Sumpahan mulut mereka amat menyakitkan,” kata Uji .

“Carilah pahala. Tidak bagus. Kalau kena kepada batang hidung mereka, tahulah”.

“Saya memang dah lama sabar. Cico kembali pulih apabila berzikir, solat dan ingat Tuhan. Itu saja yang paling afdal, paling bagus”.

“Saya tak halang dia baca artikel begini kalau ada. Suka hati dia kerana dia ada akal fikiran”.


“Cuma dia lambat bertindak balas kerana dah terkena dengan orang-orang yang tiada otak dan nak menjahanamkan dia,” katanya .

Setelah mengatakan segala yang terpendam dihatinya itu , Uji sempat mendoakan agar mereka yang menganiaya Cico segera bertaubat atas kesalahan yang mereka lakukan.

“Kita doakan juga yang baik-baik untuk mereka. Suatu hari mereka terbuka hati dan taubat iaitu taubat nasuha bukan sekadar di mulut”.

“Mak mana yang tak marah jika anaknya diperlakukan begini,” jelasnya lagi yang terlihat begitu sedih setelah bercerita tentang pengalaman hidupnya itu.

Uji berharap anaknya itu cepat sembuh seperti sediakala dan mahu anaknya bahagia dan ceria seperti dahulu dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang dewasa yang lainnya.
Walaupun mengakui dirinya rela hati dan ikhlas menjaga anaknya itu tetapi nalurinya sebagai ibu lebih mahukan anaknya sihat seperti sediakala dan mahukan anaknya itu berada disisinya serta menjaganya hingga ke akhir nyawa.
Disclaimers – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan artikel related dengan “Uji Rashid Kongsi Keadaan Terkini Anaknya , Cico” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.