Home » Tips/Petua » Ucapan Perkahwinan Paling Romantik (Anniversary)

Ucapan Perkahwinan Paling Romantik (Anniversary)

Bagi pasangan yang telah lama atau baru sahaja mendirikan rumahtangga, sudah pasti anda ingin membuat sesuatu  kejutan dan selitkan ucapan yang romantis dan sweet untuk pasangan anda semasa anniversary pekahwinan supaya cinta berputik kembali seperti awal perkenalan dan terasa dihargai.

Berikut kami kongsikan contoh ucapan perkahwinan yang paling romantik yang boleh anda ucapkan untuk pasangan anda sempena ulang tahun Anniversary perkahwinan anda dan pasangan.

Ucapan Perkahwinan Versi Biasa

  • Terima kasih telah menjadi pendamping dan teman teristimewa untukku. Hanya engkau insan yang ingin ku tatap dan simpan di dakapanku sehingga akhir hayat hidupku. Happy Anniversary My Love
  • Sejak hari kita disatukan, waktu terasa terhenti. Aku tenggelam dalam kebahagiaan, keindahan dan cinta abadi bersamamu. Happy Anniversary Cintaku
  • Bukan hanya peringatan sempena ulang tahun perkahwinan kita. Kerana ikatan ini tidak dihalang oleh waktu. Happy Anniversary
  • Mengenang kembali kisah dan kenangan cinta kita di saat perkahwinan kita, membuatkanku lebih ingin membahagiakanmu dan impikan keindahan untuk masa depan bersama yang menanti. Happy Anniversary
  • Mencintaimu semalam, hari ini dan selamanya adalah kewajibanku. Happy Anniversary Sayang!
  • Genap satu tahun kita membina rumahtangga yang bahagia. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga ini dan perasaan cinta dan bahagia.
  • Kerana cintamu yang kau semaikan yang membuatkanku menjadi orang lebih baik. Terima kasih kerana selalu ada disaat jatuh bangunku. Happy Anniversary Sayang
  • Sebuah anugerah yang tidak ternilai ialah setiap hari bersamamu. Namun, ada yang lebih indah istimewa iaitu hari ulang tahun perkahwinan kita hari ini. Happy Anniversary Sayang! Semoga sentiasa bahagia dan kekal hingga ke Jannah

Ucapan Perkahwinan Versi Islamik

  • Ya Allah, sesungguhnya kau maha penyayang lagi dan berikakanlah keberkatan terhadap keluarga kami, jaga hati kami, pasangan dan keturunan kami. Selamat ulang tahun perkahwinan untuk bidadariku. Semoga kekal ke jannah bersama.
  • Berikanlah rasa cinta yang membuak di dalam keluarga kami agar kami sentiasa rasa sayang antara satu sama lain serta bahagia dalam menjalani rumah tangga ini. Jika semua itu belum layak untuk kami, maka berikanlah perlindungan-Mu terhadap kami.
  • Semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi kita dalam menempuhi setiap langkah perjalanan kita bersama. Selalu bahagia di dunia dan bersatu kembali dalam rahmat-Nya di Syurga nanti imamku. Selamat hari ulang tahun perkahwinan, hari ijabkabul kita.

Ucapan Perkahwinan Versi Anak Kepada Ibu Bapa

  • Untuk Ummi dan Abah yang tersayang, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Semoga diberi kesihatan, keberkatan sepanjang umur dan bahagia selalu di bawah lindungan-Nya. Semoga Ulang Tahun semakin meningkat ini juga meningkatkan amalan dan hubungan sesama keluarga. Selamat Anniversary Ummi dan Abah.
  • Terima kasih untuk mak dan ayah tercinta yang sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar buat anakmu ini. Semoga ianya menjadi amal jariah yang kekal hingga ke anak cucu.
  • Happy Anniversary Ibu dan Abah. Barakallahulakuma.
Penafian – Bahan yang kami share diatas sekadar panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Ucapan Perkahwinan Paling Romantik (Anniversary)” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!