Ucapan Hari Lahir sering diucapkan kepada seseorang apabila tiba tarikh hari jadinya. Sebagai tanda anda mengingati tarikh hari istimewa seseorang, anda boleh memberikan ucapan hari lahir kepadanya dengan ucapan sweet yang memberikan maksud mendalam kepadanya sebagai tanda anda mengambil berat.
Ucapan hari lahir tidak semestinya perlu diucap secara panjang lebar, tetapi cukup ringkas dan sweet yang diucapkan dengan penuh keikhlasan dan memberi makna kepada seseorang itu.
Berikut kami kongsikan senarai ucapan hari jadi yang boleh diucapkan kepada seseorang itu pada tarikh lahirnya :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Senarai Ucapan Hari Jadi
🥰Semoga diberikan iman yang teguh, akhlak yang baik, budi pekerti yang luhur, umur yang diberkati, rezeki yang halal, ilmu yang bermanfaat, jodoh yang membahagiakan, hidup penuh rahmat di dunia dan akhirat.
😍Doaku untukmu juga berharga di ulang tahun mu selain kad dan hadiah. Semoga fikiranmu semakin cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan semoga akhlakmu semakin penuh dengan kebajikan dan amalan.
🥳Semoga pada hari lahirmu, Allah SWT sentiasa memberi keberkatan, perlindungan, hidayah dan rezeki serta redhaNya kepada kamu.
🧸Selamat hari jadi, semoga pertambahan dalam umurmu ini juga adalah pertambahan dalam ilmu dan amalan.
🎀Pada hari lahirmu ini, saya doakan agar kamu diberikan hidayah dalam meningkatkan keimanan dan sentiasa istiqamah. Semoga sepanjang umur hidupmu ini sentiasa diberikan keberkatan sehingga akhir hayat, rezeki yang melimpah ruah dan jodoh yang soleh dan diredhai Allah SWT sehingga jannah.
💍Selamat hari lahir sahabatku. Semoga usia yang diberikan Allah SWT ini sentiasa dimanfaatkan dan menjadi orang terbaik dalam yang terbaik serta dari segi imannya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat apa yang dihajati. Aamiin
🎂Selamat hari lahir saudaraku. Semoga dipermudahkan segala urusan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
🍰Sempena hari lahirmu, semoga apa yang dihajati sentiasa dikecapi dan jadikan masa yang ada cukup bermakna untuk mu.
🎉Selamat Hari Lahir, semoga segala urusan dipermudahkan, pahala yang meningkat dan umur yang barakah.
🎁Dengan bertambahnya usiamu ini, semoga ia menjadikan kamu insan yang lebih mulia dan bertambahnya amalan dan kebajikan. Selamat hari lahir
🎊Selamat hari lahir sahabatku. Semoga berjaya selalu. Doa dari sahabatmu ini sentiasa menemani dia setiap langkahmu.
🎈Ya Allah, kekalkanlah kasih sayangnya, berikanlah petunjuk untuk jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang sentiasa menerangi orang yang beriman, luaskanlah dadanya dengan pemberian iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesunggahnya engkau sebaik perancang dan sebaik-baik penolong serta pelindung. Aamiin
Pada setiap tahun, hari istimewa atau hari lahir seseorang yang tersayang atau terdekat akan tiba. Anda boleh mengucapkan ucapan seperti yang diberikan di atas atau yang lebih istimewa supaya mereka berasa lebih dihargai dan tanda sayang.
Semoga ia menjadi perapat hubungan silaturrahim dengan menggunakan ucapan yang manis dan bermakna bagi seseorang itu. Semoga bermanfaat