Tuntutan Pampasan Penerbangan Dibatalkan


Pelbagai aduan berkaitan penerbangan lewat dan asyik dijadualkan semula tanpa notis.

Para penumpang yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dijadual semula adalah berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin ditujui.

Kod Perlindungan Pengguna boleh digunapakai di seluruh Malaysia bagi semua penerbangan domestik dan penerbangan antarabangsa yang dikendalikan sama ada oleh syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa.

Baca juga:

Penerbangan Ditunda:


Jika penerbangan ditunda atau dibatalkan, syarikat penerbangan anda berkemungkinan besar perlu menyediakan anda pampasan bagi membantu anda meneruskan perjalanan.

Kategori Pampasan:

  1. Makanan, panggilan telefon dan akses internet (bagi penangguhan selama 2 jam atau lebih).
  2. Penginapan hotel dan pengangkutan (untuk penangguhan selama 5 jam atau lebih).
  3. Pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan anda dibatalkan).

Satu-satunya pengecualian adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.

Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM.

Anda boleh menerima pampasan termasuk makanan dan penginapan bergantung kepada tempoh waktu penundaan. Sila rujuk halaman Penundaan dan Pembatalan Penerbangan untuk butiran lanjut.

Pemulangan wang akan bergantung kepada terma dan syarat tiket anda. Sila layari bahagian Penundaan dan Pembatalan Penerbangan untuk butiran lanjut.

Penerbangan Dibatalkan:

Jika penerbangan anda dibatalkan, anda berhak mendapatkan pemulangan penuh harga tiket atau pilihan penerbangan lain tanpa kos tambahan. Rujuk Penundaan dan Pembatalan Penerbangan.

Cara Buat Aduan:

MAVCOM boleh membantu mempertahankan hak-hak anda sebagai pengguna perkhidmatan udara

Butiran Aduan:

  • Aduan bertulis yang anda telah kemukakan kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang, bersama-sama dengan maklum balas syarikat tersebut.
  • Butiran penerbangan anda, termasuk nombor penerbangan dan tarikh/masa.
  • Nama lapangan terbang, lokasi dan tarikh.
  • Apa-apa bukti lain, seperti salinan tiket/tempahan, salinan imbasan pas masuk pesawat, gambar/ tangkap layar (screenshot), salinan sijil perubatan (jika berkenaan), salinan pasport/kad pengenalan (jika berkenaan), laporan bagasi dan lain-lain.

Borang aduan kepada MAVCOM melalui FlySmart.

Semak Status Aduan:

Aduan kepada MAVCOM melalui laman web FlySmart, anda boleh menyemak status kes anda di sini.

Jika anda tidak dapat mengesan atau terlupa nombor rujukan kes, sila e-mel kepada [email protected].


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3