Home » Permohonan » Tuntutan Insurans Bencana Alam Kerosakan Rumah LPPSA

Tuntutan Insurans Bencana Alam Kerosakan Rumah LPPSA

Perlindungan Insurans merupakan perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh banjir, kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.

Melalui insurans, pelanggan LPPSA boleh mendapatkan manfaat tambahan dengan menghubungi panel insurans / takaful yang dipilih bagi urusan penambahan skop perlindungan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Cara Tuntutan:

LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir agar:

  1. Berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans masing-masing.
  2. Tidak membuat sebarang baikpulih kerosakan sehingga pelaras kerugian yang dilantik oleh panel insurans menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.

Dokumen Yang Diperlukan:

Peminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Laporan polis.
  3. Laporan bomba.
  4. Sebut harga baikpulih.
  5. Borang tuntutan pampasan.

Panel Insurans Yang Terlibat:

Berikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA:

1. Etiqa General Takaful

  1. Buat tuntutan melalui whatsapp sahaja.
  2. Tidak memerlukan dokumen sokongan.
  3. Kelulusan segera bagi tuntutan tidak melebihi rm20,000.

2. Takaful Malaysia

  1. Sediakan butiran penting (nama/ no kp/no tel/ emel/ no sijil takaful/anggaran kerosakan/ alamat rumah).
  2. Hubungi talian takaful.
  3. Kelulusan segera bagi tuntutan tidak melebihi rm20,000.

3. Takaful Ikhlas Malaysia

  1. Hubungi takaful.
  2. Setkan tarikh temujanji.
  3. Bayaran tuntutan sepantas 3 hari selepas tuntutan dibuat.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-888 01 600 atau layari laman sesawang Portal pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA.

Disclaimers – Bahan artikel admin share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Tuntutan Insurans Bencana Alam Kerosakan Rumah LPPSA” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!