Home » Portal Rasmi » Wang KWSP Jika Pencarum Meninggal Dunia, Cara Tuntut Oleh Waris Atau Penama

Wang KWSP Jika Pencarum Meninggal Dunia, Cara Tuntut Oleh Waris Atau Penama

Pengeluaran KWSP Apabila Pencarum Meninggal Dunia

Penahkah anda terfikir apa yang jadi dengan duit simpanan KWSP, bila anda meninggal nanti? Sebenarnya, setiap kali seorang ahli KWSP meninggal dunia, penama atau warisnya boleh datang untuk memohon pengeluaran simpanan si mati, hal ini tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara pengeluaran wang KWSP jika pencarum meninggal dunia.

Baca Juga : Semakan BPR Tambahan : Bantuan Sehingga RM500

Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP Apabila Pencarum Meninggal Dunia

Sebelum anda ingin ingin buat pengeluaran, haruslah tahu cara dan syarat-syarat permohonannya. Syarat-syarat permohonan pengeluaran ni terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. Dengan Penamaan
  • Pemohon adalah penama dalam akaun ahli, maksudnya ialah pencarum yang meninggalkan dunia telah menamakan seorang individu untuk mengeluarkan simpanan KWSP beliau.
  • Kalau penama meninggal dunia pula, situasi ni perlu terbahagi kepada dua aspek, iaitu jikalau pencarum tersebut beragama Islam ataupun tidak.
    • Pencarum beragama Islam: Kalau penama meninggal dunia waris terdekat ahli bolehlah memohon dengan Surat Kuasa.
    • Pencarum bukan beragama Islam pula: Kalau penama telah meninggal SEBELUM ahli, waris kepada ahli layak memohon. Tapi kalau penama meninggal SELEPAS ahli, waris kepada penama yang layak untuk memohon.

2.Tanpa Penamaan

Ada beberapa situasi pula, pencarum KWSP tidak meletakkan nama penama, jadi waris yang terdekat yang layak bagi memohon. Waris ni terbahagi kepada dua pula, iaitu:

  • Pencarum yang dah berkahwin, waris yang layak memohon adalah:
    • Balu /duda pencarum
    • Anak-anak pencarum
    • Pentadbir kepada pusaka pencarum
  • Pencarum yang belum berkahwin, waris yang layak memohon adalah:
    • Bapa/ibu pencarum
    • Adik-beradik, kalau ibu bapa pencarum telah meninggal dunia
    • Pentadbir kepada pusaka pencarum

Baca Juga : eGUMIS ANM : Semakan Wang Tidak Dituntut Login Online

Cara Menuntut Simpanan KWSP Apabila Pencarum Meninggal Dunia

Sebelum ingin memohon pengeluaran kematian di KWSP, pastikan anda menyediakan dokumen yang selengkapnya. Dokumen yang diperlukan oleh KWSP terbahagi kepada dua jenis, dokumen utama dan dokumen sokongan.

1.Dokumen Utama

  • Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
  • Sijil Kematian Ahli
  • Kad Pengenalan
  • Buku bank yang masih aktif dan di bank panel KWSP yang dilantik.

2.Dokumen Sokongan

Kalau pemohon adalah penama, dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah:

  • Sijil Kelahiran Penama
  • Surat Rayuan dan Sijil Kelahiran Penama (jika pemohon merupakan penjaga kepada penama yang belum cukup umur);
  • Laporan perubatan daripada Pengamal Perubatan Berdaftar (yang menyatakan tahap kesihatan penama, bagi pemohon yang menjadi penjaga kepada penama kurang upaya).

Kalau tiada penama, waris yang memohon mestilah membawa:

  • Sijil Kelahiran Ahli (jika pemohon ibu/bapa kepada ahli yang belum berkahwin)
  • Sijil Kelahiran Ahli, Sijil Kelahiran Pemohon dan Sijil Kematian Ibu Bapa Ahli (jika pemohon adalah adik- beradik ahli dan belum berkahwin);
  • Sijil Nikah Ahli;
  • Sijil Kelahiran Anak Ahli;
  • Surat Cerai (jika ahli telah bercerai);
  • Dan salah satu daripada dokumen di bawah:
    • Surat Kuasa Mentadbir, surat atau akuan yang dikeluarkan apabila seseorang tu meninggal dunia tanpa wasiat.
    • Surat Probet, surat atau akuan yang dikeluarkan apabila seseorang tu meninggal dunia dengan wasiat.
    • Surat Perintah Pembahagian, surat perintah pembahagian harta pusaka.
    • Sijil Faraid, dokumen kesahihan ahli waris yang berhak mendapat harta pusaka si mati.

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Deposit Sewa Rumah MAIWP

Langkah untuk permohonan pengeluaran kematian tu nanti adalah:

  • Segala dokumen pemohon mestilah disahkan oleh orang yang diberi kuasa.
  • Kenal pasti panel bank KWSP supaya lancar urusan kemasukan duit nanti.
  • Hantarkan permohonan yang dah lengkap diisi di pejabat KWSP yang berdekatan.
  • Untuk tahu lebih lanjut, boleh bertanyakan pada mana-mana kaunter KWSP ataupun baca risalah yang disediakan KWSP di SINI.
Penafian – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Wang KWSP Jika Pencarum Meninggal Dunia, Cara Tuntut Oleh Waris Atau Penama” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!