Terdapat lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, meminta orang ramai yang telah membuat permohonan PMA untuk mengambilnya dengan segera di pejabat pengeluar pasport seluruh negara bagi mengelak pasport berkenaan dibatalkan.


Baca juga:

Permohonan memperbaharui pasport secara dalam talian perlu menuntut segera dokumen berkenaan bagi mengelak daripada dilupuskan dalam tempoh 90 hari.

Menurut Khairul Dzaimee juga, mulai 15 Ogos ini, waktu operasi baharu bagi semua pejabat pengeluar PMA dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia berikutan trend statistik permohonan PMA yang semakin berkurangan pada sesi malam.


Waktu operasi Pejabat pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan bermula 8 pagi hingga 7 malam pada hari bekerja kecuali bagi negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah yang beroperasi mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Manakala, pejabat operasi pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan pula bermula 8 pagi hingga jam 12.30 tengah hari pada hari Sabtu kecuali bagi Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah.

Pejabat UTC pula beroperasi dari 8 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja kecuali bagi negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.


Semua pejabat UTC beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu termasuk Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah.

Terdahulu, bagi mengatasi kesulitan rakyat Malaysia dalam mendapatkan PMA, waktu pengoperasian di pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dipanjangkan hingga 10 malam ialah  manakala Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis telah dilanjutkan hingga 6 petang sejak 11 Mei lepas.