Home » Permohonan » Tuntut Khairat Kematian ASB. Claim Dalam 6 Bulan Setelah Kematian Sahaja!

Tuntut Khairat Kematian ASB. Claim Dalam 6 Bulan Setelah Kematian Sahaja!

Tahukah anda? Ramai lagi pewaris si mati tidak tuntut khairat kematian yang disediakan oleh ASB ini. Tuntutan ini juga hanya boleh dibuat sebelum tempoh tertentu sahaja. Malah bukan ASB sahaja, pendeposit ASN dan apa sahaja saham terbitan Permodalan Nasional Berhad (PNB) layak untuk membuat tuntutan jika pendeposit mati.

Cara Tuntut Khairat Kematian Amanah Saham Nasional Berhad (ASB)

Nak tahu cara untuk buat tuntutan khairat kematian ASB ini dan maklumat lanjut yang berkaitan, boleh rujuk panduan lanjut di bawah:

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan Khairat ASB adalah seperti berikut:

Pemohon:

Pemohon adalah waris kepada si mati / pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau Salah seorang Penerima Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati

Unit Amanah Terlibat:

Si mati telah mendaftar sekurang-kurangnya satu tabung unit amanah ASNB dan mempunyai baki minimum 1 unit

Tempoh Tuntutan:

Permohonan diterima oleh ASNB dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh Kematian pemegang unit

Nota: Waris bukan Islam layak untuk menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam

Tempat Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan Khairat ASNB ini ianya boleh dilakukan mengikut prosedur terkini di:

  • Mana-mana cawangan ASNB
  • Ejen-ejen ASB (Bank-bank)

Kaedah Bayaran

Penuntut akan menerima bantuan Khairat ASNB dengan cara:

  • Tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran bantuan Khairat ASNB adalah berdasarkan jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:

Jumlah Pegangan Unit

Jumlah Khairat

Bawah 1,000.00 unit

RM200

1,000.00 unit dan ke atas

RM500

Ini bermaksud jika harga seunit adalah RM1, apabila si mati mempunyai simpanan RM1,000 ke bawah, jumlah bantuan khairat yang akan diterima waris adalah sebanyak RM200. Sekiranya melebihi RM1,000, jumlah bantuan khairat yang akan diterima pula adalah RM500.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Tuntut Khairat Kematian ASB. Claim Dalam 6 Bulan Setelah Kematian Sahaja!” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes