Home » Tips/Petua » Lihat Cara Tukar Password MyBSN Online, Jika Anda Lupa Kata Laluan BSN

Lihat Cara Tukar Password MyBSN Online, Jika Anda Lupa Kata Laluan BSN

Cara Tukar Password MyBSN

Jika anda pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking, tapi sudah lupa pula kata laluan (password) anda untuk login ke akaun tidak perlu risau.

Portal Malaysia kongsikan cara tukar / reset semula password agar boleh diakses semula.

Jom lihat langkah-langkah yang dikongsikan oleh Izni Arshad melalui Facebook.

Cara Tukar Password BSN Online Banking

Pastikan anda ada semua maklumat dibawah:

  1. Mempunyai internet yang stabil.
  2. Sediakan kad ATM / kad debit BSN beserta nombor pin anda.
  3. Masih menggunakan nombor telefon yang didaftarkan dengan BSN jika tidak boleh call Bank terlebih dahulu.

Baca juga: MyBSN Login – Daftar & Semak BSN Online

Langkah-langkah tukar password BSN online banking

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

LANGKAH 1

Layari mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Jangan sesekali buka melalui link yang tidak disahkan.

Sila klik pada Forgot Password.

LANGKAH 2

Isi username, debit card number, no pin kad atm (Paparan ini akan muncul sejurus sahaja anda taip nombor kad debit yang 16 digit tu).

Isi cvv2 (3 angka dkt belakang kad), expiry date (Depan kad ada bahagian tertulis Valid Thru) serta IC anda.

Sila tekan submit.

LANGKAH 3

Kemudian taipkan password baru anda.

Password ini perlu unik & anda perlu ingat.

LANGKAH 4

Taip semula password tadi & selepas itu tekan Request OTP. Rujuk gambar di bawah.

Sudah dapatOTP, sila isi nombor tersebut di ruangan OTP NUMBER.

Tekan submit.

LANGKAH 5

Kalau tak ada apa-apa masalah, proses ini dikira berjaya dan anda akan terima notis.

Anda bolehlah login semula menggunakan password baru yang telah ditukar tadi.

Selesai.

Baca juga: Cara Untuk Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900 atau e-mel ke [email protected] atau layari https://www.bsn.com.my/

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Lihat Cara Tukar Password MyBSN Online, Jika Anda Lupa Kata Laluan BSN” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!