Tukar Kad Maybank Online | Kad akan dihantar terus ke rumah anda. Semua kad debit Maybank boleh ditukar secara online melainkan kad tersebut hilang/dicuri atau nombor PIN terlupa. Jika anda malas atau tiada masa untuk berurusan di kaunter bank, anda boleh menukar kad secara online dan tunggu kad baru sampai di rumah.
Senarai Kandungan
Cara Tukar Kad Maybank Online
Mudah je nak tukar kad maybank anda secara online, ikuti langkah-langkah mudah di bawah :
1. Log masuk ke Maybank2U
2. Pergi ke Settings
3. Pergi ke Menu Cards
4. Pilih Debit Cards dan pergi ke Replace, Activate & Block
5. Tekan tiga titik seperti dalam bulatan di dalam gambar
6. Pilih Replace Card
7. Isikan alamat anda untuk penghantaran kad, alamat poskod bersama dengan negeri anda. Klik pada T&C untuk bersetuju dan tekan Replace Card
8. Tekan Request SMS TAC dan isikan TAC yang diterima di ruangan yang disediakan.
9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM
Setelah selesai, kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja selepas permohonan diterima. Caj penukaran kad ialah RM12 dan ditolak daripada baki simpanan dalam akaun anda.
Setelah kad anda sampai, anda perlu mengaktifkan kad menggunakan dua saluran iaitu ATM Maybank atau dalam talian.
Cara Mengaktifkan Kad Baru Anda Melalui ATM
1. Masukkan Kad
2. Pilih Bahasa
3.Masukkan nombor PIN
4. Pilih Transaksi lain
5.Pilih Perkhidmatan lain
6. Tekan Seterusnya
7.Klik pada Pengaktifan Kad
Cara Mengaktifkan Kad Baharu Anda Melalui Laman Web
1.Log masuk ke laman web Maybank2U
2. Klik Settings
3.Klik Cards
4. Klik Manage Debit Cards
5. Klik Activate
*Anda mesti mengaktifkan kad baharu anda dalam masa 90 hari atau anda perlu mengulangi langkah 1 untuk memohon kad baharu dan caj pertukaran baharu akan dikenakan.
Nombor Pin lama juga boleh digunakan. Tetapi jika anda ingin menukar kepada Pin baru anda perlu menukarnya di Maybank2U.