Home » Permohonan » Cara Nak Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online

Cara Nak Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online

CARA TUKAR KE AKAUN SIMPANAN SHARIAH KWSP

Adakah anda pernah dengar mengenai Simpanan Shariah KWSP ini?

Apa pula hukumnya jika anda masih kekal menggunakan akaun konvensional KWSP?

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang Akaun Shariah KWSP.

Apakah Akaun Simpanan Shariah KWSP?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Mengapa Perlu Tukar Akaun Syariah?

Bagi yang beragama Islam,

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.

Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Kadar Dividen Akaun Simpanan Syariah vs Akaun Konvensional

Kadar dividen akaun simpanan shariah dan akaun konvensional adalah secara kompetitif.

Malah, lebih mudah lagi kerana akaun simpanan shariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.

Sejarah Kadar Dividen

Cara Tukar Akaun Konvensional Ke Akaun Shariah

Ahli perlulah mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.

Baca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Secara Online, Login Kali Pertama & Semak Penyata

Caranya:

LANGKAH 1

Sila Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

LANGKAH 2

Sila pilih tab Simpanan Shariah

LANGKAH 3

Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah.

Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

NOTA:

Ahli TIDAK BOLEH memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa muktamad.

Baca juga: Syarat & Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah Online 2021

Perbezaan Akaun Konvensional VS Akaun Shariah

Berikut merupakan perbezaan antara Simpanan Shariah serta Simpanan Konvensional KWSP:

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang maklumat lanjut tentang Akaun Shariah KWSP, boleh rujuk dibawah:

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah 

Penafian – Semua yang admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Cara Nak Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes