Baru – baru ini tular di media sossial apabila Wany Hasrita yang tidak mampu menahan ketawa ketika mengacara program Borak Dulu Baru Buka.
Program Borak Dulu Baru Buka musim kedua telah kembali lagi dengan menampilkan konsep baharu yang lebih menarik dan pelbagai demi menarik minat orang ramai dalam menyampaikan ilmu bermanfaat sepanjang ianya ditayangkan.
Program ini mendapat sambutan hangat dan diluar jangkaan sejak Ramadan tahun lalu dan orang ramai sangat senang dan terhibur dengan kehadiran Khir Rahman yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya.
Terdapat beberapa kelainan pada musim terbaru kali ini apabila pihak produksi telah meyediakan hadiah setiap minggu kepada penonton yang bertuah.
Wani yang kini sudah menjadi pengacara beberapa program terkemuka telah menjadi perhatian ramai selepas tertawa dengan lawak yang disampaikan oleh abang Khir Rahman.
” Ini semua Khir Rahman punya pasal…smpai terbawak dalam rumah berdekah tengok Wany ketawa…hahaha hadoiii”
Melalui perkongsian di aplikasi popular Tik Tok , yang mana video tersebut telah mendapat hampir 1 juta tontonan , Wany dan Amin dilihat tidak dapat menahan ketawa ketika Khir Rahman membuat lawak semasa mengendalikan segmen Satu Hari Satu Ayat.
Walaupun sudah melakukan latihan sebelum segmen ditayangkan secara live tetapi dek kerana terlalu mencuit hati dan mereka nampaknya sudah tidak mampu untuk menahan tawa kerana terlalu geli hati dengan ayat yang disampaikan oleh Khir .
” Kami dah bersiap sedia untuk tidak ketawa memandangkan segmen itu adalah segmen yang sangat serius. Jika, apabila Abang Khir tersasul dan ketawa sendiri, saya dah tak boleh tahan untuk gelak. Amin juga mulai ketawa namun dapat mengawal keadaan dan hanya tertawa tanpa mengeluarkan suara .
Malah Wani mengakui keadaan menjadi lebih teruk apabila mendengar
Khir Rahman pula menjelaskan semasa latihan dilakukan , terdapat beberapa perkara yang mengusik hati, namun dia tidak menyangka perkara seperti itu akan terjadi ketika siaran langsung.
” Tujuannya, saya nak buat kejutan.Pada segmen itu, saya kendalikan dahulu dan akan serahkan kepada Amin. Masalahnya, sejak traning lagi, dah ada banyak benda mencuit hati.
” Juri cuba menahan ketika siaran langsung dan menunggu untuk ‘meIetup’ sahaja.
” Masa saya terbabas sedikit, saya terdengar suara mereka ketawa, nampak pula jurukamera semua ketawa, saya pun tak boleh tahan ketawa,” jelasnya lagi.
Sebelum ini sudah tular video yang memperlihatkan Wany serta Amin tidak mampu menahan ketawa sehingga Wany terlihat seperti menangis ketika siaran langsung berlaku.