Tuchel Dan Conte Dihukum FA!


Liga Perdana Inggeris. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.


‘Derby London’ Hangat Diantara Jurulatih

Thomas Tuchel dan Antonio Conte didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) berikutan ketegangan di antara kedua-dua pengurus itu ketika Chelsea dan Tottenham terikat 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi kelmarin.

Dua ketua jurulatih itu dilihat melakukan provokasi sesama mereka dalam babak kedua perlawanan di Stamford Bridge itu.

Selepas wisel penamat, tidak lama selepas Harry Kane menanduk masuk gol penyamaan Spurs, Tuchel dan Conte kelihatan berada dalam situasi tegang, di mana pengurus Chelsea itu merentap tangan Conte kerana jurulatih Itali itu tidak memandang mukanya sewaktu bersalam.


Ia mencetuskan perkelahian lebih besar sehingga pegawai kedua-dua pasukan terpaksa masuk campur untuk meleraikan mereka sebelum Tuchel dan Conte dilayangkan kad merah oleh pengadil, Anthony Taylor.

FA dalam satu kenyataan hari ini berkata: “Thomas Tuchel dan Antonio Conte kedua-duanya di dakwa kerana melanggar Peraturan E3 FA sewaktu perlawanan Liga Perdana di antara Chelsea FC dan Tottenham Hotspur FC pada hari Ahad, 14 Ogos 2022.

“Kedua-dua pengurus itu didakwa berkelakuan tidak sepatutnya pada penghujung perlawanan berkenaan.


“Thomas Tuchel dan Antonio Conte mempunyai masa sehingga Khamis, 18 Ogos 2022, untuk menyediakan jawapan masing-masing.”

Pergaduhan itu tercetus apabila Spurs mendapatkan gol penyamaan dan Conte meraikan gol tersebut sehingga berlaga bahu bersama Tuchel dihadapan pengadil keempat perlawanan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3