Trust The Process – Mikel Arteta Kini Sedang Menikmati Karier!


Slot UCL Semakin Hampir! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Mikel Arteta sekarang sedang menikmati karier yang menakjubkan di Emirates setelah dilantik kelab pada Disember 2015.

Trust The Process - Mikel Arteta Kini Sedang Menikmati Karier! 2

Beliau sekarang sedang membentuk skuad yang mantap dan mampu bersaing untuk berada di kelompok teratas liga dalam saingan liga perdana inggeris. Arteta tampak berjaya menampilkan corak permainan yang cantik dan tersusun setakat ini. Pengurus dari Sepanyol itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada Pep Guardiola di Etihad sebelum memilih untuk menjadi pengurus Gunners.

Trust The Process - Mikel Arteta Kini Sedang Menikmati Karier! 3

Mikel Arteta berjaya memenangi FA Cup sebaik selepas dilantik menjadi pengurus Arsenal, namun malangnya beliau gagal membawa Gunners ke pentas bola sepak Eropah buat pertama kali selepas dua dekad pada musim berikutnya. Pada awal musim, Arteta juga turut dikritik kerana skuadnya mempamerkan aksi tak menentu dan turut mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut.

Walau bagaimanapun, Arteta berjaya menaikkan semula The Gunners hingga kini menjadi antara pasukan kuat dalam saingan liga perdana inggeris. Arsenal ketika ini sedang menduduki empat teratas dalam saingan liga dan dilihat mampu untuk mendapatkan slot ke UCL dengan kejayaan mencatatkan enam kemenangan dari tujuh perlawanan terakhir dalam saingan liga. Melihat prestasi Arsenal sekarang, slot UCL itu hampir pasti menjadi milik mereka.

Trust The Process - Mikel Arteta Kini Sedang Menikmati Karier! 4

Disini dilampirkan tiga sebab yang membuatkan Arteta berjaya membuat keputusan bijak :

1)Mengurangkan perbelanjaan gaji Salah satu keputusan terbaik dari Mikel Arteta adalah bagaimana cara beliau membantu kelab mengurangkan perbelanjaan gaji. Ketika Arteta mula mula tiba, skuad Arsenal dibanjiri dengan pemain yang menerima gaji yang tinggi. Bukan sahaja menerima gaji yang tinggi tetapi mempamerkan aksi yang tidak setimpal dengan apa yang dibayar. Arteta menggunakan pelbagai cara termasuk menjual dan meminjamkan pemain tersebut, kini hampir semua sudah tidak bersama kelab lagi sebagai contoh Mesut Ozil, Skodran Mustafi, Pierre Emerick Aubamenyang, David Luiz dan Willian yang berjaya disingkirkan dari kelab dan menjimatkan perbelanjaan.

Trust The Process - Mikel Arteta Kini Sedang Menikmati Karier! 5

2)Menggantikan Bernd Leno dengan Aaron Ramsdale Bernd Leno merupakan penjaga gol utama Arsenal ketika ketibaan Mikel Arteta dengan penjaga gol itu mempamerkan aksi yang menakjubkan. Namun walaupun dengan prestasi yang bagus ternyata Arteta seperti tidak berpuas hati dengan aksi beliau. Ketika Arteta membeli penjaga gol baharu iaitu Aaron Ramsdale dengan harga £25 juta, ramai pihak yang tidak suka dan mengkritik tindakan beliau. Namun, keputusan Arteta itu berjaya menutup mulut pengkritik apabila Ramsdale beraksi cemerlang dan nilainya ternyata berbaloi. Ramsdale menambah kekebalan Arsenal di bahagian pertahanan dan kerap melakukan aksi menyelamat berkelas dunia untuk mengelakkan gawang gol dari dibolosi. Musim ini sahaja Ramsdale berjaya mendapatkan clean sheet sebanyak 12 perlawanan dan membantu Arsenal dari keciciran mata penting.

Trust The Process - Mikel Arteta Kini Sedang Menikmati Karier! 6

3)Pembelian pemain yang bijak dan pemain muda diberi peluang Pada musim panas lalu Arteta telah menggunakan peluang perpindahan pemain dengan bijak apabila berjaya membawa masuk pemain yang berkualiti kedalam skuadnya. Beliau membeli pemain seperti Thomas Partey, Ben White, Martin Odegaard, Takehiro Tomiyasu dan Aaron Ramsdale. Ternyata pemain ini semua dilabel sebagai biasa namun dibawah pengurusan Arteta, pemain ini semua beraksi cemerlang dan menakjubkan. Walaubagaiman pun, pemain muda juga diberi peluang beraksi dan menampilkan aksi yang bagus dan dilihat berpotensi tinggi dalam skuadnya dan mampu untuk bersaing dengan pemain yang lebih berpengalaman. Bukayo Saka, Emile Smith Rowe dan Gabriel Martinelli menjadi nadi penting disebalik kejayaan Arteta dan pasukannya. Peluang yang diberi Arteta tidak disia siakan pemain muda tersebut apabila berjaya menjadi antara penjaring terbanyak untuk Arsenal. Smith Rowe dan Saka masing masing berjaya mencetak 10 gol musim ini.

Dengan kekuatan pasukan Arsenal sekarang, diharap Arteta mampu untuk mengekalkan konsistensi pemain dan pasukan serta membawa lebih kejayaan pada masa akan datang dan percaya dengan “Trust The Process”.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3