Apa yang dimaksudkan dengan laman bank anda apabila menerima mesej Transaction declined. Reject code: [0089] atau Transaksi ditolak. Kod penolakan: [0089]?
Kod 0089 bermaksud anda mungkin mempunyai masalah sambungan dengan bank penerima. Hal ini berlaku kerana bank penerima mungkin tidak dapat menerima pindahan kaedah Instant Transfer Online Banking.
Perkara yang anda perlu buat terlebih dahulu adalah memastikan jika bank penerima sedang mempunyai sebarang masalah dengan corak pembayaran atau masalah pembayaran.
Cara Solve Problem Transaction Declined Reject Code 0089
✅Terdapat dua cara yang diketahui buat masa kini untuk menyelesaikan masalah transaksi ini. Berikut adalah beberapa kaedah anda boleh lakukan untuk selesaikan masalah ini.
Tukar Ke Transfer Interbank GIRO
✅Sekiranya anda tidak dapat melakukan transaksi menggunakan Instant Transfer Online, anda boleh menggunakan Transfer Interbank GIRO. Namun, anda perlu tahu bahawa transaksi ini bukannya transaksi serta merta. Anda juga perlu tahu bahawa:
🌐Apa-apa transaksi yang dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum pukul 5 petang, akan diterima pada pukul 11 malam pada hari bekerja yang sama. Manakala, apa-apa transaksi yang dilakukan selepas pukul 5 petang akan diterima pada hari bekerja seterusnya bermula dari pukul 11 pagi.
🌐Apa-apa transaksi yang dilakukan pada hari bukan bekerja akan diterima pada hari bekerja yang seterusnya pada pukul 11 pagi.
Clearkan Web Cache
💻Anda juga boleh bersihkan web cache Google Chrome anda dengan mengikuti langkah berikut:
0️⃣1️⃣Klik butang menu yang berada di sebelah kanan atas Chrome.
0️⃣2️⃣Cari menu More Tools.
0️⃣3️⃣Klik Clear Browsing Data
0️⃣4️⃣Di sini akan terpapar skrin yang akan menunjukan maklumat lanjut browser anda. Pastikan kotak pilihan Cached Images and Files sudah ditanda dan klik Clear Browsing Data.
📱Jika anda menggunakan telefon Android, berikut adalah langkah-langkahnya.
0️⃣1️⃣Buka Chrome dalam telefon anda terlebih dahulu
0️⃣2️⃣Tekan butang bertitik tiga
0️⃣3️⃣Apabila menu dipapar, tekan Settings dan Privacy
0️⃣4️⃣Apabila menu Privacy telah dibuka, anda akan terjumpa butang berwarna biru dengan label Clear Browsing Data
0️⃣5️⃣Tekan butang ini dan anda akan diberi pilihan barang untuk dimadam.
0️⃣6️⃣Buat masa ini, pastikan kotak pilihan Cache dan Cookies, Site Data ditanda.
0️⃣7️⃣Tekan Clear, dan anda perlu sahkan dengan menekan Clear & Reset.
Jika kaedah ini tidak berjaya bagi anda, anda boleh juga cuba membuat transaksi tersebut menggunakan pelayar web lain atau apps.
Maklumat Lanjut
Jika anda masih lagi menghadapi masalah ini, anda boleh cuba menghubungi talian
🖥Maybank Group Customer Care di
☎️talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696 (Luar Negara).
Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini.