Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home Bantuan

Cara Mohon Tabung Pembangunan Usahawan Kortani (TPUK)

portalmalaysia by portalmalaysia
October 22, 2020
in Bantuan
Reading Time: 2min read
0
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Tabung Pembangunan Usahawan Kortani (TPUK) merupakan satu sumber pembiayaan yang mudah ditawarkan kepada usahawan Kortani dalam membantu meningkatkan kapasiti pengeluran dan pendapatan melalui pelaksanaan projek yang memberikan nilai tambah kepada projek yang memberikan nilai ditambah kepada hasil-hasil pengeluaran pertanian.

Pinjaman ini adalah bertujuan untuk melahirkan usahawan Kor Tani dalam bidang pengeluaran, pepmprosesan dan perkhidmatan yang mampu menghasilkan produk barangan atau perkhidmatan yang berkualiti dan berdaya saing di kalangan ahli Kor Tani.

ArtikelBerkaitan

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

Dengan objektif ini juga bermatlamat untuk memperkasakan kemahiran ahli Kor Tani dalam sektor pertanian agar pengeluaran makanan negara dapat ditingkatkan.

Baca perkongsian di bawah untuk maklumat lebih terperinci tentang Tabung Pembangunan Usahawan Kortani (TPUK) dan cara untuk membuat permohonan :

Syarat Permohonan TPUK 

Dibawah ialah syarat permohonan yang perlu dipenuhi dan ada pada usahawan yang ingin membuat permohonan TPUK ini :

👩🏼‍🌾Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)

👩🏼‍🌾Berumur 18 tahun hingga 40 tahun

👩🏼‍🌾Pemohon perlu mengisi borang TPUK dengan lengkap

👩🏼‍🌾Mempunyai saham minima RM200 di PPK/PNK

👩🏼‍🌾Mampu menyediakan sebahagian daripada modal projek

👩🏼‍🌾Sedang mengusahakan projek secara berkelompok

👩🏼‍🌾Memenuhi skip projek yang disyaratkan

👩🏼‍🌾Menghadiri temeduga yang ditetapkan

👩🏼‍🌾Membenarkan lawatan ke tapak projek bagi tujuan penilaian

👩🏼‍🌾Menjadi mentee kepada PPK/PNK atau usahawan PP/PN yang ditetapkan oleh PP/PN masing-masing

Konsep Dan Had Pembiayaan

Berikut merupakan konsep dan had pembiayaan yang diberikan bagi ahli Kor Tani yang ingin membuat pembiayaan dari Tabung Pembangunan Kor Tani (TPUK) ini :

💰Aktiviti ekonomi akan menerima pembiayaan RM10,000.00 setiap seorang sama ada projek individu atau secara berkelompok

💰Pembiayaan secara ‘Grant’ sebanyak RM5,000.00

💰Bayaran perkhidtmatan dikenakan ke atas ahli Kor Tani sebanyak 3% atas jumlah pembiayaan dan dibayar sekaligus kepada PP/PN sebelum pinjaman dikeluarkan

Skop Pembiayaan 

Berikut adalah skop pembiayaan aktiviti ekonomi di bawah program Tabung Pembangunan Kor Tani (TPUK) :

🌴Projek Industri Asastani (IAT)

🔍Contohnya adalah seperti penghasilan produk berasaskan makanan dan bukan makanan pertanian setri aktiviti sokongan IAT

🌾Pengeluaran Pertanian

🔍Contohnya adalah seperti tanaman (sayur-sayuran, vitato, jagung), ternakan (ayam,lembu, kambing) dan akuakultur (ikan keli, siakap, udang)

🚌Perkhidmatan 

🔍Contohnya seperti agro pelancongan, kejenteraan, ladang, pengangkutan, pemasaran dan pemborongan dan eksport

Cara Mohon

Bagi anda yang ingin membuat permohonan pembiayaan dari Tabung Pembangunan Kor Tani (TPUK) ini, adan boleh ikuti cara di bawah :

0️⃣1️⃣Sila layari ke laman web LLP Bahagian Pembangunan Usahawan

0️⃣2️⃣Klik pada bahagian Borang Pembangunan Keusahawanan Lembaga Pertubuhan Peladang atau klik disini

0️⃣3️⃣Pilih ‘Tabung Pembangunan Usahawan Kor Tani (TPUK)’ sebagai permohonan utama

0️⃣4️⃣Isi semua maklumat yang diminta dan klik butang “Submit‘

Maklumat Lanjut

Semoga perkongsian di atas dapat memberi manafaat dan memudahkan para usahawan Kor Tani untuk memperolehi pembiayaan bagi meningkat pengeluaran perniagaan secara efisien. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi Lembaga Pertubuhan Peladang :

Menara LPP, No 20
Jalan Sulatan Salahudin
50480 Kuala Lumpur

Tel : 03-26109600

Faks : 03-26979087

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Tabung Pembangunan Usahawan Kortani (TPUK)” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Source: lpp.gov.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger