Toyota Corolla Akan Penuhi Segala Keperluan Wanita


Akhirnya, wanita hari ini bakal memiliki kuasa beli yang lebih besar ini disebabkan karier yang memberikan mereka pendapatan dan menjadi antara watak utama dalam membuat keputusan dalam rumah tangga. Dalam aspek pemilikan kereta, wanita memiliki jangkaan yang tinggi dan memberi penekanan kepada jaminan kebolehpercayaan yang berkait rapat dengan reputasi pengeluar kereta.

Ia Terdapat mempunyai empat aspek utama wanita moden hari ini untuk membuat pertimbangan dalam memiliki kereta. Aspek pertama adalah nilai untuk wang. Apabila membeli barangan bernilai tinggi seperti kereta, wanita lebih cenderung untuk mendapatkan nilai paling tinggi.

Sumbe: youtube

Ini bermaksud bahawa,  wanita akan mengenalpasti jenama yang benar-benar memahami dan memenuhi keperluan mereka. Wanita mencari jenama yang boleh dipercayai seperti Toyota Corolla. Model ini bukan sekadar mampu milik, malah ia menawarkan lebih banyak manfaat seperti pakej insurans, pakej pembiayaan dan Toyota Service Savers. Untuk lebih memudahkan pelanggan, perkhidmatan seperti 247 Road Assist and Toyota Vehicle Telematics System (VTS) memberi keyakinan tambahan kepada wanita memandu. Pentingkan keselamatan

Namun, untuk aspek kedua adalah gaya dan kecanggihan. Toyota Corolla melengkapkan keperluan wanita dari pelbagai aspek termasuk kestabilan dan kemampuan pemanduan menerusi platform Global Architecture (TNGA). Pada masa sama, wanita meneroka pengalaman pemanduan yang lebih canggih yang mana akan dapat menikmati tindak balas yang lebih lancar semasa pecutan manakala enjin 1.8L VVT-i pula menawarkan kuasa seimbang serta kecekapan bahan api yang menterjemahkan kualiti, ketahanan dan yang paling penting adalah kebolehpercayaan kepada Toyota. Elemen luaran seperti lampu nyalaan siang (DRL) LED, hiasan bersalut krom dua bentuk J dan rim 17 inci memberikan Toyota Corolla penampilan yang anggun, mewah dan eksklusif untuk wanita berani.

Toyota Corolla Akan Penuhi Segala Keperluan Wanita 2

Sumber: google image

Disamping itu, untuk aspek ketiga adalah keselamatan dan kebolehpercayaan. Ia adalah asas untuk sebarang pengalaman pemanduan yang menyeronokkan di mana wanita mengambil serius perkara ini dengan banyak mengutamakan ciri keselamatan dalam kereta serta sebarang perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh pengeluar kereta. Toyota Safety Sense (TSS) ialah contoh hebat dalam menyediakan wanita dengan ciri yang selamat dan boleh dipercayai untuk meningkatkan keyakinan mereka di jalan raya. Melengkapi TSS adalah Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Automatic High Beam (AHB) dan Blind Spot Monitoring (BSM). Justeru tidak hairanlah, Toyota Corolla menjadi pilihan utama wanita.

Pada aspek terakhir pula adalah pemanduan selesa. Wanita menganggap kemewahan sebagai eksklusiviti berprestij. Mereka ingin merasai kemewahan itu apabila melangkah masuk ke dalam kereta. Keluasan dan kemodenan Toyota Corolla yang menawarkan tempat duduk kulit asli menarik perhatian wanita. Mempertingkatkan lagi pemanduan dinamik ialah cermin pandang belakang elektrokromik dan 7-inci Color MID dengan Optitron Meter untuk penglihatan yang sangat baik.

Untuk ibu-ibu yang kerap melakukan perjalanan bersama dengan anak-anak mereka, Kini Toyota Corolla membolehkan mereka untuk terus berhubung dan terhibur dengan audio paparan 9-inci dengan sambungan Android Auto Apple CarPlay Ready (AACP).


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3