Baca juga:

Menerima Pulangan Tunai:

Bersempena dengan pelancaran ‘Mai Kita Cashless’ ini, sebarang pembayaran yang dilakukan menggunakan imbasan DuitNow QR di TnG eWallet akan menerima rebat (pulangan tunai) RM5 ke atas setiap transaksi, dengan jumlah minimum resit RM10 bermula dari sekarang hingga 31 Ogos 2022.

Bagi peniaga yang mendaftarkan diri sebelum 31 Ogos 2022 akan menerima ganjaran RM20 sekiranya berjaya melengkapkan 10 transaksi Duitnow QR.

Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan para peniaga dan pelanggan di luar bandar akan memberi tumpuan kepada penduduk di tiga perkampungan di kawasan tersebut iaitu Kampung Baru Changloon, Kampung Paya Nongmi dan Kampung Tradisi Lembah Keriang.

Lokasi Pertama Cashless:

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd Alan Ni,  pekan Changlun merupakan lokasi pertama bermula di Wilayah Utara.

Jelas beliau, kempen ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang transaksi tanpa tunai sebagai cara pembayaran.

Kerjasama ini juga akan membantu mengukuhkan ekonomi semua peniaga, serta pengguna dengan memperluaskan platform yang lancar, pantas, mudah dan selamat dengan DuitNow QR di Changlun, Kedah.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal TNG.