“Tolong Hormati Wanita” – Netizen Kecam Dato Rosyam Nor Atas Tindakannya


Satu perkongsian video demi mempromosi kempen kerajaan yang dianjurkan oleh Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi menterinya Datuk Seri Rina Harun dan pelakon Rosyam Nor telah dikecam hebat oleh netizen di media sosial baru – baru ni .


Ini berikutan beberapa perkataan yang keluar daripda mulut Dato Rosyam telah menyebabkan netizen mengaanggap pelakon lelaki terkenal itu sengaja merendahkan martabat wanita.

Malah video tersebut mendapat pelbagai maklumbalas daripada orang ramai dan juga para selebriti yang tampil untuk mempertahankan martabat wanita.

Tidak hanya itu , ramai juga yang merasakan perkara itu hanya gurauan dan tidak perlulah terlalu serius sehingga berbalah di media sosial berkenaan perkara itu .


Penyanyi Nourul Depp juga turut memberikan pendapat mengenai video tersebut dan mendakwa dia mengenali sikap sebenar Rosyam Nor kerana pernah bekerjasama dengan aktor itu sebelum ini.

Hormati Wanita

Namun mengakui dirinya tidak membenci Rosyam tetapi hanya tidak menyukai tindakan dan cara serta peribadi pelakon lelaki itu sehingga mengatakan pelakon tersebut tidak menghormati wanita.

Rosyam Nor juga sudah tampil mejelaskan perkara tersebut yang mana dia tidak mempunyai niat untuk merendahkan martabat atau tidak menghormati  wanita, namun hanya ingin memberikan kesedaran kepada wanita untuk bangkit dan bersemangat memajukan diri masing-masing untuk masa depan yang lebih cerah.


BACA INI : (Video) Andi Bernandee Terpaksa Hentikan KOnsert

Perkara seperti itu sepatutunya tidak menjadi perbalahan sehingga ianya berbangkit di semua aplikasi media sosial dan menyebabkan usahawan tersebut menerima pelbagai kritikan sehingga banyak perkara dibangkitkan tanpa ada sebarang kaitan dengan isu tersebut.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3